Juadah Berbuka Puasa 2026
Bank Muamalat hari ini menggerakkan misi program “Juadah Berbuka Puasa” sempena bulan Ramadan menerusi pemberian 600 pek makanan juadah iftar kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkorban tenaga dan masa untuk masyarakat.
Antara lokasi yang terlibat adalah seperti yang berikut:
- Hospital Ampang
- Hospital Tunku Azizah
- Hospital Kuala Lumpur
- IPD Sentul
- IPD Chow Kit
- IPD Dang Wangi

























