Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Muamalat Invest Sdn Bhd

Muamalat Invest Sdn Bhd (“MISB”) ialah anak syarikat penuh milik Bank Muamalat Malaysia Berhad yang mana 70% dimiliki oleh DRB-Hicom Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia Berhad dan 30% selebihnya dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad. Muamalat Invest, ditubuhkan sejak 1996, adalah pengurus dana Islam berlesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 semenjak tahun 2010. Bermula tahun 2019, Muamalat Invest adalah juga merupakan sebuah Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang berdaftar di Federation of Investment Managers Malaysia (“FIMM”).

Visi kami adalah untuk menjadi salah satu syarikat pengurusan dana Islam terpilih dengan menyediakan perkhidmatan pelaburan yang patuh Syariah. Dengan sokongan daripada pasukan Penasihat Syariah yang dipercayai dan pengurus dana yang berpengalaman, kami berusaha untuk menyediakan profesionalisme kepada pelabur kami dengan menerapkan proses pelaburan bermetodologi dan berstruktur di samping mematuhi prinsip Syariah yang ketat. Pendekatan Syariah holistik ini turut merangkumi operasi harian dan pengurusan perniagaan kami.

Pada 30 September 2024, Muamalat Invest mempunyai modal berlesen sebanyak RM13 juta dan modal berbayar sebanyak RM13 juta dengan jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak RM3.0 bilion. Kami menguruskan dana bagi pihak institusi, syarikat swasta, syarikat-syarikat di bawah badan Kerajaan dan pelabur-pelabur individu.

Sebagai Pengurus Dana, Muamalat Invest bertanggungjawab atas operasi harian Dana selaras dengan peruntukan Surat Ikatan. Tanggungjawab utama Muamalat Invest termasuk:

  • Menguruskan portfolio pelaburan dan unit amanah patuh Syariah;
  • Mengatur penjualan dan pembelian semula unit amanah;
  • Menyimpan rekod Dana dan Pemegang Unit dengan sewajarnya ;
  • Mengeluarkan laporan prestasi kepada Pemegang Unit;
  • Mengatur pengagihan pendapatan kepada pelabur; dan
  • Memasarkan unit amanah kepada pelabur.

Penerangan Maklumat

Kakitangan kami bersedia untuk membantu pelabur pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk memberi bantuan dan menjawab pertanyaan.

Pejabat Perniagaan
Muamalat Invest Sdn Bhd 199601012286 (384635-P)
Tingkat 4, Menara Bumiputra,
Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur

T : 03–2615 8175/8176
F : 03–2070 0157
E : misb@muamalat.com.my

Butiran Tahun Kewangan
31 Disember 2020 diaudit (RM) 31 Disember 2021 diaudit (RM) 31 Disember 2022 diaudit (RM) 31 Disember 2023 diaudit (RM) 31 Disember 2024 diaudit (RM)
Modal yang dikeluarkan dan dibayar 13,000,000 13,000,000 13,000,000 13,000,000 13,000,000
Dana Pemegang Saham 14,173,391 14,962,119 14,864,113 15,027,790 15,702,968
Perolehan 4,642,291 4,373,261 3,707,378 3,895,452 4,093,093
Keuntungan Sebelum Cukai 951,108 900,185 19,870 226,509 799,227
Keuntungan Selepas Cukai/(Kerugian) 851,423 788,728 (98,006) 163,677 675,178

Lembaga Pengarah mengambil bahagian secara aktif dalam hal ehwal Pengurus dan dana di bawah pengurusannya. Lembaga Pengarah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap tiga (3) bulan untuk menerima cadangan dan laporan mengenai aktiviti pelaburan, menetapkan dasar dan garis panduan Pengurus termasuk menyemak prestasi perniagaan, kewangan dan laporan audit Pengurus. Mesyuarat tambahan juga akan diadakan, sekiranya perlu.

Lembaga Pengarah terdiri daripada:

Md. Khairuddin Haji Arshad
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Pengalaman dan Kelayakan

Md Khairuddin Haji Arshad dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 10 September 2019. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Pematuhan Lembaga serta ahli Jawatankuasa Audit dan Veto Lembaga.

Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan. Kerjayanya bermula di Bank Negara Malaysia pada tahun 1991, di mana beliau berkhidmat di Jabatan Kawal Selia Bank serta Jabatan Perbankan Islam dan Takaful sehingga tahun 2005. Sepanjang tempoh tersebut, beliau terlibat secara langsung dalam penubuhan International Islamic Financial Market (IIFM) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

Beliau merupakan antara pasukan pengurusan perintis dalam penubuhan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi serta Pengurus Besar Bahagian Insurans, Penilaian Risiko dan Pemantauan dari tahun 2005 hingga 2013. Beliau juga merupakan Pengerusi pertama Islamic Deposit Insurance Group di bawah International Association of Deposit Insurers (IADI).

Beliau menyertai Bank Rakyat pada tahun 2013 sebagai Ketua Pegawai Risiko sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi. Dalam peranan tersebut, beliau bertanggungjawab memperluaskan perniagaan perbankan runcit dan korporat, memastikan pelaksanaan aktiviti pemulihan dan penyusunan semula berjalan berkesan, mengurus perkhidmatan korporat dengan cekap serta mempertingkat keberkesanan operasi keseluruhan bank secara berterusan.

Md Khairuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Heriot-Watt University. Beliau juga telah mengikuti Oxford Advanced Management and Leadership Programme serta ICLIF Global Leadership Development Programme.

Roshidah Abdullah
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Pengalaman dan Kelayakan

Roshidah Abdullah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 1 September 2021. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga serta ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran dan Jawatankuasa Teknologi Lembaga.

Beliau mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan, pembangunan strategi korporat, tadbir urus dan pengurusan risiko, dengan pendedahan luas dalam pelbagai industri termasuk minyak dan gas huluan, farmaseutikal, pembinaan dan kejuruteraan, serta pengalaman antarabangsa di Kazakhstan, Indonesia dan Timur Tengah.

Roshidah memulakan kerjaya sebagai juruaudit di Deloitte & Touche (Kassim Chan & Co) sebelum menyertai Time Engineering Berhad sebagai Akauntan Kumpulan. Beliau kemudian menyertai Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn. Bhd., dan terlibat secara langsung dalam penggabungan dan penyenaraian Pharmaniaga Berhad di Bursa Malaysia pada tahun 1999.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan kemudiannya Ketua Pegawai Operasi di Pharmaniaga Berhad, serta Pengarah Kewangan di UEM Group Berhad dan UEM Builders Berhad. Beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Sumatec Resources Berhad.

Roshidah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Perakaunan) dari South Australian Institute of Technology (kini University of South Australia) dan merupakan Ahli Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Ahli CPA Australia sejak tahun 1992.

Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di Pos Malaysia Berhad dan Protect Health Corporation Sdn. Bhd.

Encik Amirul Nasir Abdul Rahim
Ketua Pegawai Kewangan, Bank Muamalat Malaysia Berhad

Pengalaman dan Kelayakan

Encik Amirul Nasir Abdul Rahim merupakan seorang peneraju kewangan berpengalaman dengan lebih 18 tahun kepakaran dalam memacu kecemerlangan kewangan, transformasi strategik, dan pertumbuhan mampan merentasi Malaysia dan Indonesia. Sejak pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan Bank Muamalat Malaysia Berhad pada tahun 2021, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya tahan kewangan Bank serta meletakkan kedudukannya untuk pertumbuhan jangka panjang.

Di bawah kepimpinan beliau, Bank Muamalat telah mencatatkan rekod keuntungan sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut, mencerminkan penjanaan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin. Lebih penting lagi, Encik Amirul telah berada di barisan hadapan dalam mentransformasikan fungsi kewangan Bank selaras dengan fokus strategik utama, memastikan aspek kewangan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan mampan. Beliau telah menerajui pelaksanaan inisiatif transformasi besar, menyerapkan automasi, alatan digital, dan analitik termaju bagi memperkukuh pembuatan keputusan strategik, mengoptimumkan pengurusan modal dan kecairan, serta meningkatkan pemantauan prestasi kewangan. Pendekatan berpandangan jauh beliau telah mentakrifkan semula fungsi kewangan sebagai rakan strategik sebenar kepada perniagaan, yang menyokong secara langsung cita-cita jangka panjang dan kedudukan kompetitif Bank.

Sebelum menyertai Bank Muamalat, beliau memegang jawatan kepimpinan kanan di CIMB Niaga dan Kumpulan CIMB. Di sana, beliau menerajui pelaksanaan serantau IFRS 9, mempelopori kerangka Pulangan Modal Larasan Risiko (RAROC), dan memajukan projek transformasi yang memperkukuh unjuran, pengurusan risiko kredit, serta strategi hasil. Beliau memulakan kerjayanya di Ernst & Young di Malaysia dan Singapura, dengan pengkhususan dalam audit perbankan dan khidmat nasihat, yang memberikannya asas yang kukuh dalam tadbir urus dan penyeliaan risiko.

Seorang Akauntan Bertauliah mengikut profesion, Encik Amirul memegang kelayakan ACCA dari Kolej Universiti Sunway, di mana beliau melakar kecemerlangan dengan memperoleh tempat pertama di peringkat kebangsaan bagi Kertas Audit. Dihormati secara meluas atas pandangan jauh strategik, integriti, dan komitmen beliau terhadap kecemerlangan, Encik Amirul terus menyumbang kepada tadbir urus lembaga, khidmat nasihat kawal selia, dan amanah kewangan, seterusnya memacu perjalanan Bank Muamalat ke arah pertumbuhan mampan dan kecemerlangan operasi.

Baru-baru ini, Encik Amirul telah dianugerahkan World Muslim Outstanding CFO Excellence Award di InterContinental Kuala Lumpur, Malaysia, serta Top ASEAN CFO Excellence Award di Sidang Kemuncak Kepimpinan Kelestarian CFO ASEAN 2025. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan strategik beliau dalam pengurusan kewangan, kecemerlangan tadbir urus, dan amanah beretika. Pengiktirafan serantau ini bukan sahaja mencerminkan kaliber peribadi beliau, malah memperkukuh komitmen Bank Muamalat terhadap disiplin kewangan yang teguh, pertumbuhan berteraskan kelestarian, dan kepimpinan berprestasi tinggi dalam memajukan aspirasi strategik jangka panjangnya.

Khadijah Sairah Ibrahim
Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif

Pengalaman dan Kelayakan

Khadijah Sairah mula berkhidmat di Muamalat Invest pada Mei 2024. Beliau membawa bersama pengalaman industri selama lebih 26 tahun. Pendedahan beliau sebelum ini kepada penyelidikan ekuiti, analisis pelaburan, pengurusan portfolio, operasi unit amanah, pembangunan produk, pembangunan perniagaan dan pemasaran telah membentuk beliau menjadi peneraju yang menyeluruh dalam industri pengurusan dana.

Semasa kepimpinan beliau sebelum ini sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekuti Eastspring Al-Wara’ Investment Bhd, sumbangan beliau dalam memulihkan keuntungan syarikat dan menggandakan asset dalam pengurusan sangat dihargai. Perkhidmatan beliau di beberapa pengurusan aset yang lain (dalam dan luar negara) dengan sokongan bank, pemegang amanah dan sokongan insurans dengan kerjasama serantau dan global telah memberikan beliau pandangan jauh holistik tentang peluang yang berpotensi dalam pasaran modal.

Beliau memulakan kerjayanya di PNB pada tahun 1997 sebagai penganalisis pelaburan dan kemudiannya berkembang menjadi pengurusan dana, terlibat dalam operasi unit amanah di ASNB (menyumbang ke arah peningkatan proses perniagaan di pejabat belakang) dan pembangunan produk sepanjang 11 tahun bersama Kumpulan PNB. Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah mengetuai Pembangunan Perniagaan & Pemasaran di Meridian Asset Management, Jualan Unit Amanah & Pemasaran di AmanahRaya Investment, Penasihat Portfolio di Manulife Asset Management, Perniagaan Institusi di RHB Islamic International Asset Management dan ketua pasukan Eastspring Al-Wara’ Investment.

Beliau berkelulusan MBA (Kewangan) dengan Cemerlang dari Universiti Malaya, Diploma Siswazah dalam Kewangan Gunaan dan Pelaburan (GDAFI) dari Institut Sekuriti Australia/PNBi dan BBA (Pengangkutan) dengan Anugerah Pelajar Terbaik daripada Universiti Teknologi MARA.

Ling Kim Moy
Ketua Pengurusan Operasi Strategik

Pengalaman dan Kelayakan

Cik Ling Kim Moy menyertai MISB pada November 2023. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Perakaunan dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai 12 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kewangan dan 15 tahun dalam pengurusan dana.

Beliau memulakan kerjayanya di Hong Leong Finance sebagai Eksekutif Audit Dalaman. Pada tahun 1994, beliau memegang jawatan sebagai akauntan di Hong Leong Management dan berpindah ke Hong Leong Yamaha Distributors pada tahun 1997. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kewangan di Hong Leong Fund Management pada tahun 1999, dan berlesen sebagai pegawai pematuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Pada tahun 2008, beliau menyertai Amundi Asset Management sebagai Pengurus Kanan, Kewangan dan Pentadbiran, ahli perintis sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Operasi, Pengarah Bersekutu pada tahun 2014.

Sebelum menyertai MISB, beliau berkhidmat di HL Management Co sebagai Pengawal Kewangan.

Mohd Nur Azrul Bin Mohd Tarmizi
Ketua Pematuhan

Pengalaman dan Kelayakan

Mohd Nur Azrul Bin Mohd Tarmizi menyertai Muamalat Invest Sdn Bhd (MISB) pada November 2025. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Sains Kuantitatif dengan pengkhususan dalam Kejuruteraan Kewangan serta Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari daripada Universiti Teknologi MARA. Beliau memiliki pensijilan lanjutan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan serta pematuhan kawal selia daripada Asian Institute of Chartered Bankers.

Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang pematuhan, pencegahan jenayah kewangan dan pengurusan risiko merangkumi sektor perbankan, pelaburan dan insurans. Azrul memulakan kerjayanya di HSBC dengan penglibatan dalam sokongan pelanggan sebelum menumpukan kepada pematuhan jenayah kewangan dan peraturan.

Seterusnya, beliau mengembangkan kepakaran di AmFunds Management Berhad dengan memberi tumpuan kepada rangka kerja pematuhan dan penyerahan laporan kawal selia, dan kemudian di BIMB Investment Management Berhad di mana beliau menguruskan nasihat pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan senjata pemusnah besar-besaran, pembangunan dasar serta pengawasan tadbir urus.

Mohd Azmir Bin Mohd Shahidan
Ketua Pelaburan

Pengalaman dan Kelayakan

Mohd Azmir Bin Mohd Shahidan menyertai Muamalat Invest Sdn Bhd (MISB) pada Ogos 2025. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman profesional yang merangkumi bidang analisis, penyelidikan dan pembangunan produk. Beliau terlibat secara meluas dalam Pasaran Modal dan Kewangan Malaysia serta merupakan sebahagian daripada pasukan dinamik yang bertanggungjawab dalam analisis Strategi Kuantitatif, Cadangan Peruntukan Aset, Pengurusan Risiko dan Analisis Atribusi, Tinjauan Ekonomi serta penjanaan produk merentasi pelbagai kelas aset.

Dalam jawatan terdahulu di sebuah syarikat Pengurusan Dana, beliau dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti pelaburan harian selaras dengan mandat syarikat seperti Perdagangan, Peruntukan, Pengesahan dan Pelaporan Transaksi Sekuriti. Beliau bertanggungjawab menganalisis, menilai dan mencadangkan tindakan pelaburan ke atas syarikat tersenarai dalam alam sekuriti yang diliputi.

Beliau telah menjalankan Ujian Wajar (Due Diligence) ke atas syarikat dan industri melalui penyelidikan, semakan penyata kewangan dan data pasaran. Beliau turut merangka Penyata Selera Risiko (Risk Appetite Statements, RAS) dan rangka kerja Pengurusan Aset dan Liabiliti (Asset Liability Management, ALM) yang komprehensif sebagai panduan untuk mencapai struktur optimum dalam menangani risiko, memastikan semua Penunjuk Risiko Utama (Key Risk Indicators, KRI) yang diperlukan untuk
pelaporan kepada pengawal selia termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah tepat, tepat pada masanya, dan memenuhi jangkaan kawal selia. Beliau kini memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (Capital Markets Services Representative Licence, CMSRL).

Peranan dan Tugas Utama Jawatankuasa Pelaburan

Jawatankuasa pelaburan Dana (“Jawatankuasa Pelaburan”) merumus, menetap dan melaksanakan strategi dan dasar pelaburan. Jawatankuasa Pelaburan akan sentiasa menyemak dan memantau kejayaan strategi dan dasar menggunakan penanda aras yang telah ditetapkan ke arah mencapai prestasi wajar untuk Dana. Jawatankuasa Pelaburan juga akan memastikan garis panduan dan peraturan pelaburan dipatuhi dan bermesyuarat sekurang-kurangnya setiap suku tahun sekali.

Md. Khairuddin Haji Arshad
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Pengalaman dan Kelayakan

Md Khairuddin Haji Arshad dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 10 September 2019. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Pematuhan Lembaga serta ahli Jawatankuasa Audit dan Veto Lembaga.

Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan. Kerjayanya bermula di Bank Negara Malaysia pada tahun 1991, di mana beliau berkhidmat di Jabatan Kawal Selia Bank serta Jabatan Perbankan Islam dan Takaful sehingga tahun 2005. Sepanjang tempoh tersebut, beliau terlibat secara langsung dalam penubuhan International Islamic Financial Market (IIFM) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

Beliau merupakan antara pasukan pengurusan perintis dalam penubuhan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi serta Pengurus Besar Bahagian Insurans, Penilaian Risiko dan Pemantauan dari tahun 2005 hingga 2013. Beliau juga merupakan Pengerusi pertama Islamic Deposit Insurance Group di bawah International Association of Deposit Insurers (IADI).

Beliau menyertai Bank Rakyat pada tahun 2013 sebagai Ketua Pegawai Risiko sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi. Dalam peranan tersebut, beliau bertanggungjawab memperluaskan perniagaan perbankan runcit dan korporat, memastikan pelaksanaan aktiviti pemulihan dan penyusunan semula berjalan berkesan, mengurus perkhidmatan korporat dengan cekap serta mempertingkat keberkesanan operasi keseluruhan bank secara berterusan.

Md Khairuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Heriot-Watt University. Beliau juga telah mengikuti Oxford Advanced Management and Leadership Programme serta ICLIF Global Leadership Development Programme.

Roshidah Abdullah
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Pengalaman dan Kelayakan

Roshidah Abdullah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 1 September 2021. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga serta ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran dan Jawatankuasa Teknologi Lembaga.

Beliau mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan, pembangunan strategi korporat, tadbir urus dan pengurusan risiko, dengan pendedahan luas dalam pelbagai industri termasuk minyak dan gas huluan, farmaseutikal, pembinaan dan kejuruteraan, serta pengalaman antarabangsa di Kazakhstan, Indonesia dan Timur Tengah.

Roshidah memulakan kerjaya sebagai juruaudit di Deloitte & Touche (Kassim Chan & Co) sebelum menyertai Time Engineering Berhad sebagai Akauntan Kumpulan. Beliau kemudian menyertai Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn. Bhd., dan terlibat secara langsung dalam penggabungan dan penyenaraian Pharmaniaga Berhad di Bursa Malaysia pada tahun 1999.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan kemudiannya Ketua Pegawai Operasi di Pharmaniaga Berhad, serta Pengarah Kewangan di UEM Group Berhad dan UEM Builders Berhad. Beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Sumatec Resources Berhad.

Roshidah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Perakaunan) dari South Australian Institute of Technology (kini University of South Australia) dan merupakan Ahli Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Ahli CPA Australia sejak tahun 1992.

Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di Pos Malaysia Berhad dan Protect Health Corporation Sdn. Bhd.

Shahadatulazreennaim Rosli
Ahli Jawatankuasa Pelaburan

Pengalaman dan Kelayakan

Shahadatulazreennaim Rosli telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan Muamalat Invest Sdn Bhd berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Beliau kini merupakan Naib Presiden, Ketua Kewangan Bank Muamalat Malaysia Berhad dan mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, percukaian, pelaporan kewangan, pematuhan kawal selia, pengurusan kualiti aset serta pengurusan prestasi kewangan.

Dalam peranan semasanya, beliau bertanggungjawab mengetuai fungsi kewangan Bank yang merangkumi Percukaian, Kualiti Aset, Pelaporan Korporat Kumpulan, Prestasi Kewangan dan Lejar Am. Beliau turut memainkan peranan penting dalam memastikan integriti pelaporan kewangan serta menyokong proses pembuatan keputusan strategik bagi pihak pengurusan kanan, Lembaga Pengarah, pemegang saham, pengawal selia dan pihak berkepentingan lain.

Sepanjang kerjaya beliau, Shahadatulazreennaim telah menerajui pelbagai inisiatif strategik termasuk pelaksanaan e-Invois, peluasan skop SST, pengoptimuman portfolio pelaburan dan projek transformasi kewangan. Beliau juga telah menyumbang kepada usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pematuhan kawal selia, menambah baik kestabilan pendapatan serta menjana kecekapan kos.

Sebelum menyertai Bank Muamalat Malaysia Berhad, beliau pernah memegang jawatan kanan dalam bidang percukaian dan kewangan di HICOM Holdings Berhad.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia serta merupakan ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Tanggungjawab Penasihat Syariah

Penasihat Syariah berfungsi secara bebas daripada Pengurus dan hanya bertanggungjawab kepada Pemegang Unit Dana. Penasihat Syariah bertemu sekurang-kurangnya setiap enam bulan atau dari semasa ke semasa untuk menasihati Pengurus mengenai pematuhan aspek pelaburan, operasi dan pemasaran Dana dengan prinsip Syariah. Peranan Penasihat Syariah adalah untuk memberikan kepakaran dan bimbingan serta:

  1. menasihati semua aspek perniagaan unit amanah dan pengurusan dana mengikut prinsip Syariah;
  2. menyediakan kepakaran dan panduan Syariah dalam semua perkara, khususnya mengenai surat ikatan dan prospektus Dana, struktur Dana, pelaburan dan hal-hal operasi lain;
  3. memastikan bahawa Dana diurus dan ditadbir mengikut prinsip Syariah, peraturan dan piawaian SC yang berkaitan, termasuk resolusi dikeluarkan oleh MPS SC;
  4. menyemak laporan pematuhan dan transaksi pelaburan diterima daripada pegawai pematuhan mengenai transaksi Dana, disediakan oleh Pengurus untuk memastikan pelaburan Dana selaras dengan prinsip Syariah;
  5. menyediakan laporan untuk dimasukkan ke dalam laporan tahunan dan interim Dana yang menyatakan sama ada Dana dikendali dan diuruskan mengikut prinsip Syariah bagi tempoh kewangan berkenaan; dan
  6. memastikan Dana mematuhi mana-mana garis panduan, ketetapan atau keputusan dikeluarkan oleh SC atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia berhubung perkara Syariah.

Penasihat Syariah

Bank Muamalat Malaysia Berhad (“BMMB”) telah diperbadankan pada 1 Oktober 1999. Merupakan institusi kewangan Islam sepenuhnya beroperasi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Misinya untuk memberikan nilai terbaik kepada pihak berkepentingan dan visi adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan Islam pilihan. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, BMMB menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah kepada pelanggan tanpa mengira bangsa dan kepercayaan agama. BMMB ialah bank komersial penuh yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan deposit, pembiayaan dan perbankan. Produk dan perkhidmatannya setanding dengan yang ditawarkan oleh bank konvensional. Disokong oleh rangkaian cawangan di seluruh negara, pusat perkhidmatan dan cawangan luar pesisir di Pusat Kewangan Antarabangsa Labuan. BMMB mengembangkan aktiviti perniagaan melalui anak syarikatnya, terlibat dalam perniagaan modal teroka Islam dan penyediaan perkhidmatan pengurusan dana.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai individu yang bertanggungjawab dalam mengawasi pematuhan Syariah Dana ini, sila lihat profil mereka di sini.

MISB sentiasa dan komited untuk mengekalkan langkah keselamatan yang tinggi bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah dipercayai dan selamat. Walau bagaimanapun, terdapat risiko di luar kawalan syarikat dalam komunikasi internet dan pengguna akan menanggung risiko tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda harus sentiasa memastikan bahawa komputer anda dilindungi dan dilindungi daripada sebarang capaian dan/atau virus yang tidak dibenarkan yang mungkin mendedahkan maklumat sulit anda kepada pihak ketiga. Anda juga harus berhati-hati dengan penipuan e-mel dan lampiran yang mungkin cuba mencuri maklumat tentang dan/atau daripada anda.

Sila ambil perhatian bahawa komunikasi melalui laman web tidak dihantar melalui pautan peribadi atau selamat atau dalam bentuk yang disulitkan. Oleh itu, ia tertakluk kepada bahaya biasa komunikasi internet, dan tidak boleh dijamin bahawa komunikasi ini tidak menjadi subjek pemintasan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran oleh mana-mana pihak. Kami melarang sebarang pengiklanan jenama dan tapak web kami menggunakan mesej e-mel yang tidak diminta.

Melabur dalam Dana Unit Amanah dengan Wang yang Dipinjam/Dibiayai Lebih Berisiko daripada Melabur dengan Simpanan Anda Sendiri

Adalah penting bagi anda untuk menjalankan penilaian anda sendiri jika pinjaman/pembiayaan sesuai untuk anda berdasarkan objektif, sikap terhadap risiko dan keadaan kewangan anda. Sebelum anda meneruskan, anda mesti sedar tentang risiko, yang termasuk yang berikut:

  1. Lebih tinggi margin pinjaman/pembiayaan (iaitu, jumlah wang yang anda pinjam / kewangan untuk setiap Ringgit wang anda sendiri yang anda masukkan sebagai deposit atau bayaran muka), semakin besar potensi kerugian serta keuntungan.
  2. Anda harus menilai sama ada anda mempunyai keupayaan untuk membayar balik/pembayaran ke atas pinjaman/pembiayaan yang dicadangkan. Jika pinjaman/pembiayaan anda ialah pinjaman/pembiayaan kadar berubah-ubah, dan jika kadar faedah/kadar keuntungan meningkat, jumlah bayaran balik/bayaran anda akan dinaikkan.
  3. Jika harga unit jatuh melebihi paras tertentu, anda mungkin diminta untuk memberikan cagaran tambahan yang boleh diterima atau membayar jumlah tambahan di atas ansuran biasa anda. Jika anda gagal mematuhi dalam masa yang ditetapkan, unit anda mungkin dijual untuk menyelesaikan pinjaman/pembiayaan anda.
  4. Pulangan ke atas unit amanah tidak dijamin dan mungkin tidak dapat diperoleh secara merata dari semasa ke semasa. Ini bermakna mungkin terdapat beberapa tahun di mana pulangan tinggi dan tahun lain di mana kerugian dialami. Sama ada anda akhirnya menyedari keuntungan atau kerugian mungkin dipengaruhi oleh masa penjualan unit anda. Nilai unit mungkin jatuh hanya apabila anda mahu wang anda dikembalikan walaupun pelaburan itu mungkin berjaya pada masa lalu.

Kenyataan ringkas tidak boleh mendedahkan semua risiko dan aspek lain pinjaman/pembiayaan. Oleh itu, anda harus mengkaji dengan teliti terma dan syarat sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil pinjaman/pembiayaan. Jika anda ragu-ragu berkenaan dengan mana-mana aspek Penyata Pendedahan Risiko ini atau syarat-syarat pinjaman/pembiayaan, anda harus merujuk kepada institusi yang menawarkan pinjaman/pembiayaan.

Muamalat Invest Sdn Bhd berusaha untuk menyediakan pelabur perkhidmatan maklumat berkualiti tinggi untuk membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang berhubung dengan Dana. Kakitangan Muamalat Invest Sdn Bhd tersedia untuk pelabur di talian 03-2615 8175 / 8176 pada waktu pejabat biasa Isnin – Jumaat dari 9.00 pagi – 5.00 petang. untuk menyediakan bantuan untuk pertanyaan mengenai pelaburan mereka.

Resolusi Pertikaian

1. Untuk penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi kami di:

Muamalat Invest Sdn Bhd
4th Floor, Menara Bumiputra
No. 21 Jalan Melaka
50100 Kuala Lumpur

Tel. No. : 03-2615 8175 / 8176
Email : misb@muamalat.com.my

2. Jika anda tidak berpuas hati dengan hasil proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada Financial Markets Ombudsman Service (FMOS):

Financial Markets Ombudsman Service (FMOS)
Level 14, Main Block.
Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur

Tel. No. : 03-2272 2811

3. Anda juga boleh membuat aduan anda kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan FMOS. Untuk membuat aduan, sila hubungi Consumer & Investor Office SC:

Consumer & Investor Office SC
Securities Commission Malaysia
No 3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

Tel. No. : 03-6204 8999 (Aduan hotline)
Fax No. : 03-6204 8991
Email : aduan@seccom.com.my

4. Biro Aduan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM):

Legal, Secretarial & Regulatory Affairs
Federation of Investment Managers Malaysia
19-06-1, 6th Floor, Wisma Capital A
No. 19, Lorong Dungun
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Tel. No. : 03-2092 3800
Email : compliants@fimm.com.my

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.947000 2.786000 2.770000
BRUNEI DOLLAR BND 3.266000 3.078000 3.067000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.970000 2.866000 2.849000
SWISS FRANC CHF 5.220000 4.995000 4.977000
EURO EUR 4.850000 4.583000 4.561000
STERLING POUND GBP 5.572000 5.328000 5.319000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.483000 2.306000 2.291000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.266000 3.078000 3.077000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.191000 3.967000 3.950000

2026-06-09 08:35:11