Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Corporate Responsibility

Community

Kelab NUR Muamalat Telah Bergabung Bersama Koputra

SMK DATO’ SHAHARDIN, LABU, 23 Mei 2026 – Kelab NUR Muamalat telah bergabung bersama Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dalam menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di SMK Dato’ Shahardin, Labu, Negeri Sembilan. Program yang turut mendapat kerjasama ANGKASA Negeri Sembilan dan KPC Property Care Sdn. Bhd. ini merupakan salah satu usaha berterusan Kelab NUR BMMB dalam menyantuni komuniti serta menyebarkan manfaat kepada masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan sesi ucapan daripada pihak sekolah, Puan Azila (Pengetua), Puan Hajah Noorizan (Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan), Tuan Haji Zaharuddin (Pengerusi KOPUTRA) serta Puan Nur Syafiqah Mohamad Fuzi (wakil kelab NUR Muamalat) sebelum diteruskan dengan gimik pelancaran serta penyerahan sumbangan barangan kepada pihak sekolah. Sumbangan yang disalurkan merupakan hasil infak dan sokongan daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap keperluan komuniti pendidikan.

Sebagai kelab yang komited dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan, Kelab NUR Muamalat memainkan peranan penting dalam penyelarasan program serta penglibatan sukarelawan bagi memastikan objektif program dapat dicapai dengan jayanya. Kerjasama strategik bersama KOPUTRA turut membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan keprihatinan sosial mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat.

Program ini bukan sahaja berjaya menyampaikan bantuan kepada penerima, malah turut memperkukuhkan semangat kesukarelawanan, memupuk nilai kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Bank Muamalat, pihak sekolah serta komuniti setempat. Kelab NUR Muamalat berharap agar lebih banyak inisiatif seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang demi memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.897000 2.737000 2.721000
BRUNEI DOLLAR BND 3.264000 3.074000 3.063000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.928000 2.823000 2.806000
SWISS FRANC CHF 5.174000 4.948000 4.930000
EURO EUR 4.810000 4.542000 4.520000
STERLING POUND GBP 5.575000 5.328000 5.319000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.440000 2.265000 2.250000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.264000 3.074000 3.073000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.210000 3.983000 3.966000

2026-07-02 09:12:54