Dr. Mohd Shahid Mohd Noh kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi dan Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sejak tahun 2018.
Beliau memperoleh Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat daripada Darul Quran JAKIM pada tahun 2002 dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Republik Arab Mesir pada tahun 2005. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah) dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada tahun 2011 serta Ijazah Sarjana dalam Islamic Financial Practice (MIFP) daripada INCEIF pada tahun 2015. Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2017.
Bidang kepakaran beliau meliputi Muamalat Islam, Pasaran Modal Islam, Ekonomi Islam dan Fiqh Am. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Pengarah Yayasan Iqra (Latihan dan Perundingan) serta Imam Masjid Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail.

















