Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Kepimpinan Kami

Dato’ Ibrahim Taib

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

71, Lelaki, Malaysia
Dilantik pada 29 Mac 2018

Dato’ Ibrahim Taib dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 29 Mac 2018 sebagai wakil DRB-HICOM Berhad. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Lembaga serta ahli Jawatankuasa Risiko dan Pematuhan Lembaga.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman pada tahun 1978 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke Mahkamah Majistret Segamat, Johor. Pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Pengangkutan Jalan dan seterusnya di Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1986.

Pada Oktober 1989, beliau berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi negeri Selangor. Pada tahun 1992, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Bharu sebelum dipinjamkan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai Ketua Jabatan Undang-Undang pada Julai tahun yang sama. Beliau bersara daripada KWSP pada 4 Oktober 2014 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), namun kekal sebagai Pengarah lantikan KWSP di DRB-HICOM Berhad sehingga 26 Mei 2017.

Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas DRB-HICOM Berhad. Dato’ Ibrahim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of London.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.847000 2.691000 2.675000
BRUNEI DOLLAR BND 3.197000 3.012000 3.001000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.920000 2.816000 2.799000
SWISS FRANC CHF 5.191000 4.966000 4.948000
EURO EUR 4.788000 4.522000 4.500000
STERLING POUND GBP 5.456000 5.216000 5.207000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.477000 2.299000 2.284000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.197000 3.012000 3.011000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.018000 3.802000 3.785000

2026-02-13 08:34:43