Dr. Ahmad Zakirullah bin Mohamed Shaarani kini merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau mengajar kursus Perbankan Islam, Pasaran Modal Islam, Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah dari perspektif ekonomi serta pelbagai subjek berkaitan kewangan Islam.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Syariah Berdaftar dan Ahli Jawatankuasa Syariah Dalaman di Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) (2008–2018), Ahli Jawatankuasa Syariah di United Overseas Bank (UOB) (2016–2021), Ahli Jawatankuasa Syariah Dalaman di IBFIM (2010–2018), Ahli Jawatankuasa Syariah di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) (2019–2023) serta Ahli Jawatankuasa Syariah di EXIM Bank (2024–2025).
Kini, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah di Hong Leong MSIG Takaful, Ahli Jawatankuasa Syariah di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Perunding Kanan Tawafuq Consultancy Sdn. Bhd. serta Ahli Jawatankuasa Syariah di Perbadanan Ekonomi Islam Perak (PSB).
Beliau memiliki Diploma Syariah Islamiyyah daripada Institut Bahasa Arab dan Islam (MADIWA), Taiping, Perak, Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir (2003), Ijazah Sarjana dalam Islamic Revealed Knowledge (Usul al-Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008) serta Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Usul al-Fiqh dari Universiti Malaya (2017). Bidang kepakaran beliau ialah Perbankan dan Kewangan Islam, Usul al-Fiqh serta Zakat.

















