Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Kepimpinan Kami

En. Khairun Najmi Bin Saripudin

Ahli

En. Khairun Najmi bin Saripudin kini merupakan Penyelidik Kanan di ISRA Research Management Centre, Universiti INCEIF. Beliau bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan Syariah, menjalankan penilaian analitikal serta menyemak kandungan penerbitan ISRA dan Universiti INCEIF. Beliau juga kini merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah di Swiss Re Retakaful.

Sebelum ini, beliau berkhidmat di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia (BNM) dari tahun 2012 hingga 2022, dengan peranan utama sebagai Setiausaha Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, beliau turut terlibat dalam penggubalan Standard Syariah, dasar perundangan dan kawal selia, pembangunan rangka kerja pembuatan keputusan Syariah serta semakan Syariah dan penilaian produk.

Selain bidang Syariah, beliau turut mempunyai pengalaman dalam pelbagai projek strategik termasuk pembangunan industri kewangan Islam, produk dan perkhidmatan perbankan Islam, pendidikan kewangan Islam, pengurusan risiko serta kewangan sosial Islam.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dan Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh al-Muamalat) daripada Universiti Malaya masing-masing pada tahun 2009 dan 2013. Beliau juga memperoleh kelayakan Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) daripada INCEIF pada tahun 2013.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.956000 2.794000 2.778000
BRUNEI DOLLAR BND 3.284000 3.093000 3.082000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.975000 2.868000 2.851000
SWISS FRANC CHF 5.117000 4.894000 4.876000
EURO EUR 4.858000 4.587000 4.565000
STERLING POUND GBP 5.642000 5.391000 5.382000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.507000 2.327000 2.312000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.284000 3.093000 3.092000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.180000 3.954000 3.937000

2026-08-19 08:41:04