Johari Abdul Muid dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 10 November 2020. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga serta ahli Jawatankuasa Audit, Risiko dan Pematuhan, Veto serta Teknologi Lembaga.
Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan korporat merangkumi perbankan, pasaran modal dan keselamatan sosial. Antara jawatan penting yang pernah disandang termasuk Ketua Bahagian Perbendaharaan di Commerce International Merchant Bankers Berhad, Naib Presiden Kanan Jualan Institusi di CIMB Securities Sdn. Bhd., Ketua Pegawai Pelaburan di Valuecap Sdn. Bhd., Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan RHB Bank Berhad.
Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Protect Health Corporation Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas di Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd, Bursa Malaysia Berhad dan Malaysia Debt Ventures Berhad, serta sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di RHB Capital Berhad, RHB Investment Berhad, RHB Islamic Berhad dan Iskandar Investment Berhad. Selain itu, beliau turut menjadi ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen.
Johari ialah Fellow Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), United Kingdom.

















