Mohd Razlan Mohamed dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 1 September 2021. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Veto Lembaga serta ahli Jawatankuasa Risiko dan Pematuhan dan Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga.
Beliau mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam penarafan kredit, pasaran modal dan perbankan pelaburan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) selama 11 tahun dan sebelum itu, berkhidmat di beberapa institusi kewangan utama seperti Bank of America (Malaysia) dan Maybank Investment Bank.
Kini, beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di Glomac Berhad, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), USAINS Holding Sdn. Bhd. dan Pacific Trustees Group International Sdn. Bhd. Beliau juga Pengerusi UTMSPACE dan Amanah Raya Investment Management Sdn. Bhd., serta ahli Panel Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar) dari Duke University dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Rice University, Amerika Syarikat.

















