JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN, LINDUNGI AKAUN ANDA!
Kenali jenis penipuan dan bagaimana untuk melindungi diri anda.
Jenis-jenis penipuan yang biasa berlaku ke atas pelanggan bank adalah seperti berikut:
Perkataan ‘phishing’ berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu password (kata laluan) dan fishing (memancing). Jika digabungkan, perkataan ini membawa maksud memancing kata laluan di mana perkara ini ditujukan ke atas perlakuan meminta, memperoleh atau mencuri kata laluan perbankan internet atau maklumat perbankan anda yang lain tanpa anda sedar.
Cara-cara melindungi diri anda daripada menjadi mangsa ‘phishing’
Kebiasaannya mangsa akan ditipu dengan cara mengklik pada pautan palsu yang dihantar oleh penipu melalui e-mel, SMS, WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain aplikasi. Oleh itu, JANGAN sesekali menekan apa-apa pautan yang diberikan pada anda walaupun maklumat yang dipaparkan menunjukkan penghantar adalah daripada pihak Bank mahupun pihak berkuasa.
Selain itu, JANGAN memberi maklum balas melalui aplikasi yang dinyatakan di atas terhadap permintaan seperti:
TAC atau Kod Pengesahan Transaksi adalah kod 6 digit yang dihantar ke telefon mudah alih anda untuk tujuan pengesahan transaksi yang anda lakukan melalui perbankan internet.
Penipuan TAC berlaku apabila mangsa menerima TAC untuk transaksi yang tidak dilakukan dan kemudiannya menerima SMS, WhatsApp atau panggilan daripada orang yang tidak dikenali yang menyatakan TAC tersebut adalah untuk mereka yang tersalah hantar ke nombor telefon mudah alih mangsa. Mereka juga kebiasaannya menyatakan bahawa mereka telah tersalah daftar nombor telefon mudah alih mereka dengan nombor telefon mudah alih mangsa. Sekiranya mangsa memberikan TAC kepada mereka, mereka akan berjaya melakukan transaksi pemindahan atau bayaran dengan menggunakan akaun mangsa tanpa disedari.
Cara-cara melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan TAC
Sekiranya anda menerima SMS, WhatsApp atau panggilan seperti situasi yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk:
Panggilan palsu berlaku apabila mangsa menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai bank, mahkamah, penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain individu yang berkepentingan. Kebiasaannya, penyamar ini akan menakutkan mangsa dengan situasi-situasi berikut:
Mangsa kemudiannya akan merasa takut dan mengikut arahan penyamar tersebut dengan mendedahkan maklumat peribadi, maklumat perbankan mahupun membuat pemindahan ke atas akaun pihak ketiga seperti yang diarahkan. Penyamar akan menakutkan mangsa lagi dengan bertegas akan mengeluarkan waran tangkap ke atas mangsa sekiranya arahan tidak diikut dan meminta keputusan pada waktu kejadian tanpa memberi peluang atau masa untuk mangsa berfikir.
Cara-cara melindungi diri anda daripada menjadi mangsa panggilan palsu
Sekiranya anda menerima panggilan seperti situasi yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk:
Mempunyai kad debit boleh memudahkan urusan seharian anda. Pembelian runcit ataupun dalam talian boleh dilakukan tanpa penggunaan tunai. Di sebalik kemudahan ini, risiko kecurian boleh berlaku di mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh mencuri data kad debit pelanggan bank dengan menipu mangsa melalui beberapa saluran seperti:
Kebiasaannya, mangsa secara tidak sedar telah mengisi atau mendedahkan maklumat kad debit mereka kepada pihak ketiga melalui saluran-saluran di atas. Pihak ketiga ini kemudiannya akan menggunakan kad debit mangsa untuk melakukan transaksi-transaksi tanpa pengetahuan mangsa.
Cara-cara melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penggunaan kad debit tanpa kebenaran
Bagi mengelakkan maklumat kad debit anda daripada terdedah kepada pihak ketiga, anda dinasihatkan untuk:
Akaun keldai atau nama lainnya akaun tumpang adalah merujuk kepada individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.
Selain itu, terdapat juga beberapa situasi lain seperti berikut:
Untuk makluman, sekiranya anda membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan akaun bank anda dan terdapat transaksi-transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang, anda boleh didakwa membantu menyembunyikan harta orang lain walaupun anda tidak sedar akan kesemua transaksi yang dilakukan ke atas akaun anda.
Cara-cara melindungi akaun anda daripada menjadi akaun keldai
Bagi mengelakkan akaun bank anda digunakan oleh pihak ketiga, anda dinasihatkan untuk:
Pastikan log masuk menggunakan imej dan frasa keselamatan milik anda sahaja. Sekiranya anda melihat sebarang imej atau frasa yang bukan milik anda atau imej yang belum tersedia jangan terus memasukkan kata laluan anda.
Berhati-hatilah dengan penipuan kewangan yang menjanjikan pulangan tinggi yang tidak realistik. Sekiranya ia menimbulkan keraguan, sila hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.
BMMB Scam Hotline:+603-2615 8000