Episod 8: DUIT ITU AMANAH: VERSI MUDAH UNTUK ANAK-ANAK
Anak-anak hari ini membesar dalam dunia transaksi pantas – ‘tap, imbas dan bayar’. Tanpa bimbingan dan pembelajaran awal, wang mungkin boleh disalahgunakan atau digunakan dengan sewenangnya.
Hakikatnya, wang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab. Perkara inilah yang menjadi kebimbangan ibu-bapa hari ini. Data semasa menunjukkan realiti yang amat membimbangkan.
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Financial Capability and Inclusion Demand Side Survey 2024 mendapati 61% rakyat Malaysia sukar untuk mengumpul RM1,000 untuk kecemasan dan hanya 37% daripada mereka boleh menampung kos hidup lebih daripada tiga bulan sekiranya pendapatan terganggu. FINCO pula (melalui laporan Money SENse) menunjukkan dalam kalangan pelajar menengah atas, 55% berada pada tahap pengetahuan kewangan rendah dan hanya 25% pada tahap tinggi.
Maksudnya sangat mudah iaitu ramai anak muda melangkah ke alam dewasa tanpa asas pengurusan kewangan mencukupi, seolah-olah memegang ‘lesen memandu’ untuk mengurus wang tanpa benar-benar memahami peraturan dan risikonya.
KENAPA LITERASI KEWANGAN ANAK-ANAK PENTING, KHUSUSNYA DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA
Dalam masyarakat kita, amalan berkaitan wang sudah wujud dari awal, daripadaa duit raya dan tabungan, hinggalah menyimpan untuk membeli basikal dan belanja adik-beradik. Tapi budaya tanpa kefahaman akan jadi ritual kosong. Anak-anak akan menganggap duit sebagai sesuatu yang datang dengan mudah, bukan hasil usaha dan perancangan.
Dalam kebanyakan keluarga di Malaysia, apabila anak sudah mula bekerja, mereka biasanya akan ‘tolong mak ayah’ sebagai tanda hormat. Itu nilai antara generasi yang sangat mulia. Namun, tanpa kemahiran mengurus kewangan, anak-anak akan terhimpit antara tekanan untuk membantu keluarga dan menyelamatkan kewangansendiri. Di sinilah literasi kewangan jadi skills hidup, bukan teori.
DUIT DALAM ISLAM
Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Al-Kahf ayat 46:
Harta dan anak-anak itu perhiasan dunia tetapi amalan soleh itulah yang kekal.
Mesejnya jelas: wang bukan matlamat terakhir. Duit hanyalah alat untuk buat keputusan yang betul dan juga membantu sesama manusia.
Oleh itu, apabila kita mengajar anak-anak tentang duit, kita sebenarnya sedang menanam 3 asas besar:
- Amanah (duit ada tanggungjawab)
- Adab (cara belanja ikut nilai)
- Akhirat (duit jadi jalan pahala, bukan jalan lalai)
ANTARA CARA MENGAJAR ANAK MENGENAL ERTI ‘DUIT ITU AMANAH’
- Kaedah paling mudah: 3 tabung beserta ‘label’
-Simpan
-Belanja
-Kongsi (sedekah/hadiah untuk orang lain)
Setiap kali anak-anak mendapat duit (duit raya, hadiah atau duit upah melipat baju), ajar mereka untuk membahagikan dahulu. Simple rule untuk mula:
- Simpan: 50%
- Belanja: 40%
- Kongsi: 10%
- Duit bukan hak mutlak: duit datang dengan usaha
Kalau anak dapat duit saku, sertakan dengan tanggungjawab yang sesuai mengikut umur. Bukan ‘bayar gaji anak’ tapi bagi anak faham konsep: duit ada nilai sebab ada usaha.
Contoh ayat yang lebih mendidik:
“Kalau adik konsisten mengemas mainan sepanjang minggu ini, ibu dan ayah akan tambah sedikit duit saku minggu depan sebagai penghargaan atas usaha adik.â€
Disiplin itu aset. Itu yang kita nak.
- Latihan paling berkesan: bawa anak ke pasar, kedai runcit atau pasar malam
Bagi anak misi kecil:
-Cari barang yang sama dan banding harga
-Bezakan keperluan dan keinginan/kemahuan
-Bagi bajet dan suruh dia pilih
Contoh:
‘Kita ada RM20. Nak beli buah untuk rumah. Awak pilih tapi kena cukup untuk semua orang dan tak boleh lebih dari amaun ni’.
Anak belajar keputusan kewangan ada kesan pada orang lain. Itu pun nilai Islam.
- Duit raya: jangan biarkan hilang begitu saja
Duit raya biasanya tidak diruskan dan dimanfaatkan sebagai alat pembelajaran. Buat ‘Raya Money Talk’ 5 minit saja:
‘Ok, duit raya ni, awak nak buat apa? Simpan berapa? Belanja berapa?’
Jika anak-anak nak belanjakan semua, jangan izinkan tetapi ajar tentang kepentingan menyimpan untuk masa depan.
- Kenalkan konsep halal dan bermanfaat
Tak perlu jadi terlalu ‘berat’ tapi cukup bagi guideline untuk anak-anak:-Kita beli benda yang baik, bermanfaat, tak memudaratkan.
-Kita elak benda yang jelas tak sesuai.
Ini akan lebih membina ‘moral compass’ dalam belanja. Duit ikut nilai, bukan ikut nafsu.
JIKA ANAK TAK MAHU MENABUNG: JANGAN PANIK, ITU PERKARA BIASA
Kanak-kanak secara semula jadi cenderung kepada kepuasan segera. Malah, orang dewasa juga begitu. Cara atasi:
1. Buat matlamat yang dekat dan realistic
Contoh: RM30 dalam 2 bulan untuk buku.
2. Raikan kemajuan, bukan hasil semata
‘Eh tabung dah makin berat. Power’.
Sebagai ibu-bapa, kita tak perlu menunggu anak membesar untuk memulakan pendidikan kewangan. Mulakan secara kecil, mula di rumah.
Jika nak tahu lebih lanjut tentang perancangan kewangan Islam yang praktikal dan dengar cerita sebenar daripada orang yang berjaya ubah tabiat kewangan mereka sampai hidup lebih teratur dan stabil, tonton podcast ApeCer, Episod 8: ‘Kids Takeover’ Jom Bijak Wang.
Dalam episod ini, ahli jemputan kami borak santai tentang cara simpan duit dan cara mengawal serta membina tabiat kewangan yang sebenarnya bersama pakar kewangan serta tetamu yang berkongsi pengalaman sebenar mereka.
Kids Takeover: Jom Bijak Wang
Dalam episod khas Podcast ApeCer sempena Bulan Literasi Kewangan 2025, dua hos cilik Haziq Cilik dan Mayah Ciwi ni ambil alih studio kami!
Saksikan keletah mereka bersama tetamu jemputan Bank Muamalat dalam KIDS TAKEOVER: JOM BIJAK WANG.
Tonton sekarang di YouTube Bank Muamalat.
Diterbitkan pada 11 October September 2025

















