Close
EN
BM

Personal

Business

Podcast

Episode 3: STRATEGI USAHAWAN BANGKIT SEMULA: KISAH REALITI, BUKAN FANTASI

Usahawan yang hebat bukanlah mereka yang tidak pernah jatuh tetapi mereka yang tahu bagaimana cara untuk bangkit semula. Inilah nadi utama episod ketiga podcast ApeCer? oleh Bank Muamalat. Dalam dunia perniagaan yang serba pantas dan penuh ketidakpastian, satu persoalan penting sering kali menjadi tanda tanya:

Bagaimana cara untuk terus bertahan dan bangkit semula selepas kejatuhan?

BANGKIT ITU PROSES, BUKAN POSTER MOTIVASI
Ramai orang yang boleh berbicara tentang kejayaan tetapi tidak ramai yang betul-betul faham ‘real struggle’ di sebalik setiap kebangkitan. Dalam episod kali ini, kita bukan sekadar memaparkan kisah selebriti tetapi strategi survival sebenar termasuk daripada selebriti terkenal iaitu Black Hanifah yang berjaya menghidupkan impiannya membina villa mewah di Langkawi.

However, this is more than just his story – it’s a story for all business owners, hustlers and dreamers out there.

Bangkit bukan hanya tentang modal tetapi lebih kepada ‘mindset’. Tentang strategi, sokongan dan keberanian untuk mengaku: ‘Hari ini aku jatuh tersembam ke bumi tetapi apa yang pasti, aku tidak akan mengalah’.

1. Mentaliti ‘Re-Strategise, Don’t Retreat’
Ketika pandemik, banyak bisnes terjejas hingga mengakibatkan pasaran menurun dan rakyat mula panik. Tapi strategi sebenar bermula di kepala. Episod ini berkongsi bagaimana usahawan boleh pivot arah tanpa menggadai nilai jenama.

Dalam hidup, bukan semua yang kita rancang akan menjadi realiti tetapi itu juga satu petanda yang kita gagal. Itu adalah petanda untuk kita kena mula adjust the sail, not abandon the ship.

2. Jenama Yang Bermula Dari Luka
Salah satu tema utama episod ini ialah bagaimana kisah peribadi boleh membentuk jenama hingga ke hari ini dan lebih kuat. Bila pelanggan rasa terinspirasi dengan perjalanan anda, mereka bukan sahaja membeli produk tetapi mereka akan turut serta dalam menyertai perjuangan anda. Dalam kata lain, ‘storytelling’ bukan sekadar konten tetapi ia adalah aset bisnes yang tidak patut anda ketepikan.

3. Anda Tidak Keseorangan, Kami Ada!
Bank Muamalat sangat komited kepada pertumbuhan komuniti sehingga kami menekankan kepentingan sistem sokongan untuk usahawan, daripada pembiayaan beretika kepada pendidikan kewangan yang praktikal. Dalam episod ini, kita menyingkap bagaimana sokongan institusi boleh menjadi lifeline kepada perniagaan yang hampir tenggelam.

Jangan takut minta bantuan. Percayalah, ‘bangkit’ hanya akan berlaku bila anda berhenti untuk mencuba dan berhadapan dengannya bersendirian.

4. Kepimpinan Yang Authentic, Bukan Gimik
Banyak perniagaan rebah kerana kehilangan arah dan identiti. Dalam episod ApeCer? ini, antara ikhtibar yang boleh kami pelajari adalah ‘kepimpinan bukan tentang menjadi bossy tetapi berani untuk lead from the front, mengaku salah dan terus belajar’.

Black Hanifah’s villa wasn’t built overnight. It was built through vision, countless setbacks and radical honesty about what needed to change. That’s what real entrepreneurship looks like.

KENAPA ANDA PERLU TONTON EPISOD INI?
Kalau anda sedang:

  • Berhadapan dengan fasa kejatuhan dalam perniagaan
  • Hilang motivasi dan keyakinan diri sebagai founder,
  • Tercari-cari cara untuk ‘reboot’ perniagaan

Episod ini bukan sekadar memberikan harapan tetapi ia lebih kepada memberikan jalan. Dari strategi praktikal kepada inspirasi emosional dan anda sendiri akan rasa aura untuk bangkit tanpa perlu untuk menoleh ke belakang.

Tonton podcast ApeCer? Episod 3 dibawah:

Strategi untuk Business Owner Terus Bangkit

Diterbitkan pada April 30, 2025

INI BUKAN SEKADAR PODCAST. INI GERAKAN
ApeCer? Podcast bukan konten kosong tetapi ia adalah cerminan suara sebenar rakyat yang bertaut pada panggilan sebagai usahawan, pekerja gig, freelancer, pemilik SME yang masih mampu berdiri di atas kaki sendiri walaupun banyak kali tersembam ke bumi.

Jadikan episod ini sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit tanpa menoleh ke belakang! Kalau mereka boleh, kenapa anda tidak?


Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8180002.6630002.647000
BRUNEI DOLLARBND3.4120003.2140003.203000
CANADIAN DOLLARCAD3.1590003.0460003.029000
SWISS FRANCCHF5.3570005.1240005.106000
EURO EUR5.0530004.7710004.749000
STERLING POUNDGBP5.8930005.6320005.623000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6780002.4850002.470000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4120003.2140003.213000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3490004.1150004.098000

2025-06-13 08:41:30