Close
EN
BM

Personal

Business

Announcements

Temporary Financial Resilience Assistance Program

As your trusted financial partner, Bank Muamalat remains committed to supporting customers facing temporary financial pressures amid global uncertainties, including developments in the Middle East, through flexible, responsible and tailored solutions.

Key Mechanism

A. Eligibility

1. This programme is open to individual customers with financing facilities who are experiencing temporary financial difficulties subject to the Bank’s assessment and approval, including:

  • Reduction in salary; or
  • Loss of source of income, but still able to resume payments under revised terms

Subject to the following conditions:

  • Customers are not declared bankrupt
  • Customers are not enrolled under any AKPK programme

B. Assistance Structure

1. Rescheduling
Adjustment of the existing payment schedule without changes to the core terms and conditions of the financing facility.

This may include:

  • Reduction in monthly instalment
  • Extension of financing tenure, where applicable

2. Restructuring
Modification to the key terms and conditions of the financing facility, which may require a new agreement (aqad).

This may include:

  • Revision of financing structure
  • Adjustment of selling price
  • Updated documentation

3. Advisory Support

  • Personalised financial consultation
  • Early engagement support to identify suitable solutions

4. How to Apply?
Fill in below forms and email the completed forms with supporting documents to bantuanbayaran@muamalat.com.my Applications will be reviewed and customers will be notified upon assessment outcome.
For more information, please visit www.muamalat.com.my/RNR

For further assistance, reach out to our Customer Care, today.
Call us at 03-2600 5500
Email: feedback@muamalat.com.my
Or, you may also visit any of our branches nationwide.


Program Bantuan Ketahanan Kewangan Sementara

Sebagai rakan kewangan anda, Bank Muamalat kekal komited untuk menyokong pelanggan yang menghadapi tekanan kewangan sementara susulan ketidaktentuan global, termasuk perkembangan di Asia Barat, melalui penyelesaian kewangan yang fleksibel, bertanggungjawab dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

Mekanisme Utama

A. Kelayakan

1. Program ini terbuka kepada pelanggan individu yang mempunyai kemudahan pembiayaan dan sedang menghadapi kesukaran kewangan sementara, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan Bank, termasuk:

  • Pengurangan pendapatan; atau
  • Kehilangan sumber pendapatan, namun masih berupaya untuk meneruskan bayaran di bawah terma yang disemak semula

Tertakluk kepada syarat berikut:

  • Pelanggan tidak diisytiharkan muflis
  • Pelanggan tidak menyertai mana-mana program di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

B. Struktur Bantuan

1. Penjadualan Semula (Rescheduling)
Pelarasan jadual pembayaran sedia ada tanpa perubahan kepada terma dan syarat utama kemudahan pembiayaan.

Ini termasuk:

  • Pengurangan jumlah ansuran bulanan
  • Pelanjutan tempoh pembiayaan, jika berkenaan

2. Penstrukturan Semula (Restructuring)
Perubahan kepada terma dan syarat utama kemudahan pembiayaan yang mungkin memerlukan perjanjian baharu (aqad).

Ini termasuk:

  • Semakan semula struktur pembiayaan
  • Pelarasan harga jualan
  • Pengemaskinian dokumentasi

3. Sokongan Nasihat Kewangan

  • Khidmat nasihat kewangan secara peribadi
  • Sokongan penglibatan awal bagi mengenal pasti penyelesaian yang bersesuaian

4. Cara Memohon
Sila lengkapkan borang permohonan yang disediakan dan emelkan borang yang telah lengkap berserta dokumen sokongan ke: bantuanbayaran@muamalat.com.my Permohonan akan dinilai dan pelanggan akan dimaklumkan setelah keputusan penilaian dibuat.

Perlukan Bantuan?
Untuk maklumat lanjut layari www.muamalat.com.my/RNR

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Khidmat Pelanggan: 03-2600 5500
Emel: feedback@muamalat.com.my
Atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat di seluruh negara.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.867000 2.710000 2.694000
BRUNEI DOLLAR BND 3.242000 3.055000 3.044000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.949000 2.845000 2.828000
SWISS FRANC CHF 5.166000 4.943000 4.925000
EURO EUR 4.806000 4.541000 4.519000
STERLING POUND GBP 5.475000 5.234000 5.225000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.421000 2.247000 2.232000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.242000 3.055000 3.054000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.149000 3.927000 3.910000

2026-04-07 08:36:27