Goodwill Discount For Early Settlement Of Hire-Purchase
(Effective Upon Hire-Purchase (Amendment) Act Enforcement)
Dear Valued Customers,
In conjunction with the enforcement of the Hire-Purchase (Amendment) Act (HPAA), the Bank will implement a Goodwill Discount Programme for eligible customers who choose to settle their existing fixed-rate Hire Purchase facilities early, under the Rule of 78.
Who is eligible?
Customers (individuals, micro or small businesses) with fixed-rate HP agreements that were:
- executed before the HPAA takes effect, or
- executed during the 18-month grace period after HPAA takes effect, and opting for early settlement before maturity.
Eligibility conditions at settlement:
- Account not in arrears exceeding 90 days
- Not under legal action / no repossession order.
- Not under R&R (Rescheduled & Restructure) or any formal debt management programme.
Goodwill Discount:
- Calculated based on your existing agreement’s features (e.g., timing of settlement, flat rate structure).
- Applied to the customer’s net balance due.
- Amount varies by product and will be indicated in your redemption letter.
Effective date:
The programme will commence once the HPAA officially comes into force (expected Q1 2026). A further announcement will be made.
Duration:
Available until all affected fixed-rate under the Rule of 78 HP accounts mature or settle (estimated up to 9 years).
What you need to do:
Customers who wish to settle early may request a redemption letter through our branches, call our 24-hour Customer Careline at 03-2600 5500, or official channels after the HPAA is in effect.
Customers who continue paying instalments until maturity are not affected.
We value you as our customer and look forward to your continued patronage.
Thank you.
Frequently Asked Questions (FAQ)-Goodwill Discount for HP
Diskaun Ihsan Untuk Penyelesaian Awal Sewa Beli
(Berkuat Kuasa Setelah Penguatkuasaan Akta Pindaan Sewa Beli)
Pelanggan Yang Dihargai,
Sejajar dengan penguatkuasaan Akta Pindaan Sewa Beli (HPAA), Bank akan melaksanakan Program Diskaun Ihsan bagi pelanggan yang layak yang memilih untuk menyelesaikan kemudahan Sewa Beli kadar tetap sedia ada mereka lebih awal, di bawah Kaedah Rule of 78.
Siapa yang layak?
Pelanggan (individu, perniagaan mikro atau kecil) dengan perjanjian sewa beli kadar tetap yang:
- ditandatangani sebelum HPAA berkuat kuasa, atau
- ditandatangani dalam tempoh kelonggaran 18 bulan selepas HPAA berkuat kuasa, dan memilih untuk membuat penyelesaian awal sebelum tempoh matang.
Syarat kelayakan semasa penyelesaian:
- Akaun tidak tertunggak melebihi 90 hari.
- Tidak berada di bawah tindakan undang-undang / tiada perintah tarikan balik (repossession).
- Tidak berada di bawah program Penstrukturan & Penjadualan (R&R) atau mana-mana program pengurusan hutang formal.
Diskaun Ihsan:
- Dikira berdasarkan ciri-ciri dalam perjanjian sedia ada (contohnya masa penyelesaian, struktur kadar rata).
- Digunakan ke atas baki bersih yang perlu dibayar oleh pelanggan.
- Jumlah diskaun berbeza mengikut produk dan akan dinyatakan dalam surat penebusan anda.
Tarikh berkuat kuasa:
Program ini akan bermula sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa secara rasmi (dijangka pada Suku 1 2026). Pengumuman lanjut akan dibuat.
Tempoh:
Tersedia sehingga semua akaun Sewa Beli kadar tetap yang terlibat di bawah kaedah Rule of 78 matang atau diselesaikan (dianggarkan sehingga 9 tahun).
Apa yang perlu anda lakukan:
Pelanggan yang ingin membuat penyelesaian awal boleh memohon surat penebusan melalui cawangan kami, menghubungi Talian Khidmat Pelanggan 24 jam kami di 03-2600 5500, atau saluran rasmi lain selepas HPAA berkuat kuasa.
Pelanggan yang meneruskan bayaran ansuran sehingga tempoh matang tidak akan terjejas.
Kami amat menghargai sokongan anda sebagai pelanggan dan berharap dapat terus berkhidmat untuk anda
Terima kasih

















