Announcement

Bantuan Khas Banjir

Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) sehingga enam (6) bulan untuk semua kemudahan pembiayaannya kepada pelanggan Bank Muamalat sama ada individu yang tinggal di kawasan dilanda banjir atau perniagaan yang berada di kawasan tersebut.

Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggannya yang terjejas susulan keadaan banjir yang berlarutan yang menyebabkan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan, ladang musnah dan peniaga terpaksa menutup sementara operasi perniagaan. Oleh yang demikian, Bank Muamalat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, dengan menilai setiap permohonan berdasarkan keperluan setiap kes.


Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Soalan : Apakah Tempoh Bayaran Moratorium (MPP)?

Jawapan : Ia merupakan penangguhan sementara obligasi pembayaran pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. Dalam tempoh tersebut, pelanggan yang mempunyai pembiayaan dan memenuhi syarat dan terma tidak perlu membuat apa-apa bayaran ansuran.

2. Soalan : Berapa lamakah tempoh moratorium yang ditawarkan oleh Bank Muamalat kepada pelanggan yang terkesan oleh banjir?

Jawapan : Bank Muamalat menawarkan MPP sehingga enam (6) bulan kepada pelanggan yang terjejas.

3. Soalan : Adakah tempoh pembiayaan saya akan dilanjutkan?

Jawapan : Ya, tempoh pembiayaan akan dilanjutkan sehingga enam (6) bulan dari tarikh matang asal tertakluk kepada tempoh penangguhan bayaran (moratorium) yang diluluskan. Bayaran bulanan selepas berakhir MPP akan kekal tidak berubah dan tertakluk kepada terma pembiayaan sebelumnya.

4. Soalan : Apakah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan penangguhan bayaran tersebut?

Jawapan : Semua pembiayaan individu dan perniagaan adalah layak memohon sekiranya pembiayaan tiada tunggakkan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat.

Permohonan boleh dibuat dari 27 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022.

5. Soalan : Bagaimana untuk memohon MPP?

Jawapan : Sila muat turun Borang Permohonan “Service Request Form (SRF)” yang tersedia di laman sesawang MAP Bank Muamalat dan e-mel bersama dokumen sokongan yang berkaitan ke floodmora2021@muamalat.com.my selewat – lewatnya pada 15 Februari 2022 atau hubungi Bank Muamalat di talian +603-2600 5500.

6. Soalan : Apakah dokumen – dokumen yang diperlukan untuk permohonan MPP?

Jawapan : Sila kemukakan dokumen berikut:

  • Gambar berkaitan banjir seperti rumah, kenderaan dan sebagainya;
  • Pengesahan dari pihak berkuasa tempatan;
  • Lain – lain dokumen (jika berkenaan).

Kegagalan mengemukakan maklumat yang diperlukan boleh menyebabkan kelewatan pemprosesan/ permohonan ditolak.

7. Soalan : Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan MPP?

Jawapan : Pihak bank akan menghubungi pelanggan yang berjaya samada melalui surat pemberitahuan atau SMS.

8. Soalan : Jika saya telah menyertai Program Bantuan Moratorium (Covid-19) sebelum ini, adakah saya masih layak membuat permohonan MPP ini?

Jawapan : Pelanggan yang telah menyertai program “Bantuan Bayaran Bersasar (TPA)” atau “Bantuan Bayaran Pembiayaan (EFPA)” adalah layak untuk memohon dan MPP akan menggantikan program sedia ada.

9. Soalan : Adakah rekod CCRIS saya akan terjejas dengan menyertai MPP ini?

Jawapan : Penyertaan MPP ini tidak akan menjejaskan rekod CCRIS.  

Service Request Form (SRF)

Download here

FAQ-Moratorium Payment Period (MPP) 2021

Download here


Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-2600 5500 atau kunjungi cawangan terdekat kami atau e-mel ke feedback@muamalat.com.my

Nota: Soalan lazim ini akan dikemaskini sekiranya terdapat perkembangan baharu. Sila rujuk laman sesawang www.muamalat.com.my bagi soalan lazim yang terkini.

 

Locate Our Branches

Find a Bank Muamalat branch
nearby you

Locate Our Branch