Close

Announcements

Bantuan Khas Banjir

Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) sehingga enam (6) bulan untuk semua kemudahan pembiayaannya kepada pelanggan Bank Muamalat sama ada individu yang tinggal di kawasan dilanda banjir atau perniagaan yang berada di kawasan tersebut.

Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggannya yang terjejas susulan keadaan banjir yang berlarutan yang menyebabkan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan, ladang musnah dan peniaga terpaksa menutup sementara operasi perniagaan. Oleh yang demikian, Bank Muamalat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, dengan menilai setiap permohonan berdasarkan keperluan setiap kes.


Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Soalan : Apakah Tempoh Bayaran Moratorium (MPP)?

Jawapan : Ia merupakan penangguhan sementara obligasi pembayaran pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. Dalam tempoh tersebut, pelanggan yang mempunyai pembiayaan dan memenuhi syarat dan terma tidak perlu membuat apa-apa bayaran ansuran.

2. Soalan : Berapa lamakah tempoh moratorium yang ditawarkan oleh Bank Muamalat kepada pelanggan yang terkesan oleh banjir?

Jawapan : Bank Muamalat menawarkan MPP sehingga enam (6) bulan kepada pelanggan yang terjejas mengikut garis panduan Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, keputusan akhir adalah tertakluk kepada keperluan pelanggan berdasarkan penilaian Bank ke atas setiap kes.

3. Soalan : Apakah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan penangguhan bayaran tersebut?

Jawapan : Semua pembiayaan individu dan perniagaan adalah layak memohon sekiranya pembiayaan tiada tunggakan.

4. Soalan : Adakah tempoh pembiayaan saya akan dilanjutkan?

Jawapan :  Tempoh pembiayaan boleh dilanjutkan sehingga enam (6) bulan dari tarikh matang asal tertakluk kepada keperluan setiap kes. Ia adalah berdasarkan rekod pembiayaan berkenaan program bantuan pembayaran terdahulu dan pengendalian akaun anda.

5. Soalan : Adakah bayaran bulanan akan berubah selepas menyertai MPP?

Jawapan :  Bayaran bulanan selepas berakhir MPP akan kekal tidak berubah serta tertakluk kepada terma pembiayaan sebelumnya.

6. Soalan : Bagi akaun pembiayaan dibawah perlindungan Takaful, adakah tempoh tersebut akan diselaraskan mengikut tempoh lanjutan? (jika berkenaan)

Jawapan : Polisi takaful sedia ada tidak meliputi tempoh lanjutan pembiayaan. Sila berhubung dengan syarikat takaful masing-masing mengenai lanjutan perlindungan takaful (jika berkenaan).

7. Soalan : Apakah kesan kepada baki pembiayaan sekiranya pelanggan menyertai MPP ini?

Jawapan : Baki pembiayaan akan menyusut pada kadar yang lebih perlahan berbanding jadual asal dan mungkin akan menyebabkan perkara berikut:

  • Peningkatan kepada jumlah keseluruhan bayaran dan jumlah keseluruhan kos pembiayaan. Bagaimanapun kos keseluruhan pembiayaan tidak akan melebihi harga jualan; dan/atau
  • Baki bayaran akan terkumpul pada ansuran terakhir pembiayaan yang perlu dibayar sekali gus; dan/atau
  • Jumlah keuntungan terakru dan caj lewat bayar (jika terpakai) bagi pembiayaan asal perlu dibayar pada masa hadapan dan jumlah ini tidak akan diambil kira dalam pengiraan keuntungan yang baharu; dan/atau
  • Bayaran seterusnya akan digunakan untuk menjelaskan baki keuntungan terakru terlebih dahulu. Selepas itu, agihan keuntungan dan prinsipal bagi bayaran bulanan akan kembali normal selepas selesai jumlah keuntungan terakru.

8. Soalan : Apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan sekiranya kedudukan kewangan mereka bertambah baik semasa dalam tempoh pembiayaan?

Jawapan : Pelanggan disarankan untuk berhubung dengan pihak Bank sekiranya aliran kewangan mereka bertambah baik bagi menyusun semula terma pembayaran sedia ada (jika berkenaan).

9. Soalan : Bagaimana untuk memohon MPP?

Jawapan : Sila muat turun Borang Permohonan “Service Request Form (SRF)” yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat dan e-mel bersama dokumen sokongan yang berkaitan ke bantuanbanjir@muamalat.com.my selewat – lewatnya enam puluh (60) hari dari tarikh berlakunya kejadian banjir atau hubungi Bank Muamalat di talian +603-2600 5500.

10. Soalan : Apakah dokumen – dokumen yang diperlukan untuk permohonan MPP?

Jawapan : Sila kemukakan dokumen berikut:

  • Gambar berkaitan banjir seperti rumah, kenderaan dan sebagainya;
  • Pengesahan dari pihak berkuasa tempatan;
  • Lain – lain dokumen (jika berkenaan).

Kegagalan mengemukakan maklumat yang diperlukan boleh menyebabkan kelewatan pemprosesan/ permohonan ditolak.

11. Soalan : Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan MPP?

Jawapan : Pihak bank akan menghubungi pelanggan yang berjaya sama ada melalui surat pemberitahuan atau SMS.

12. Soalan : Bagaimana sekiranya permohonan untuk Bantuan Banjir tidak diluluskan?

Jawapan : Anda boleh menghubungi Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 untuk berbincang berkenaan pelan pembayaran yang tersedia; atau

Anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) melalui talian 03-2616 7766 atau layari laman sesawang www.akpk.org.my untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan yang disediakan oleh AKPK.

13. Soalan : Adakah rekod CCRIS saya akan terjejas dengan menyertai MPP ini?

Jawapan : Penyertaan MPP ini tidak akan menjejaskan rekod CCRIS.

Service Request Form (SRF)

Download here

FAQ-Moratorium Payment Period (MPP) 2024

Download here


Nota: Soalan lazim ini akan dikemaskini sekiranya terdapat perkembangan baharu. Sila rujuk laman sesawang www.muamalat.com.my bagi soalan lazim terkini.
Soalan-soalan lazim ini dikemaskinikan pada 2 Januari 2024.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD3.2010003.0490003.033000
BRUNEI DOLLARBND3.6110003.4540003.443000
CANADIAN DOLLARCAD3.5580003.4340003.417000
SWISS FRANCCHF5.3500005.1210005.103000
EURO EUR5.2900005.0000004.978000
STERLING POUNDGBP6.1260005.8770005.868000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.9900002.7780002.763000
SINGAPORE DOLLARSGD3.6110003.4680003.467000
UNITED STATES DOLLARUSD4.9140004.6620004.645000

2024-04-26 08:37:40