Forum Perdana Ehwal Islam “Seiring Sejalan” di Seri Perdana, Putrajaya
Forum Perdana Ehwal Islam yang bertemakan ‘Seiring Sejalan’ telah berlangsung di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 8 Mac 2018 dan disiarkan secara langsung di TV1, pada jam 9.00 malam. Forum Perdana ini menampilkan Ustaz Zakaria Othman selaku moderator dan ahli-ahli panel terkenal antaranya Datuk Mohamad Kazim Elias, Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat) dan juga Datuk Dr Norhafizah Musa. Turut dihadiri YABhg. Dato’ Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Topik yang dibincangkan pada malam tersebut adalah menyentuh soal dalam kepimpinan Negara, masyarakat dan rumah tangga juga menguruskan perselisihan dan perbezaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang agama dan bangsa. Datuk Mohamad Kazim Elias menjelaskan bahawa budaya seiring sejalan adalah tentang kehidupan yang Allah swt telah aturkan dari proses kelahiran manusia sehinggalah kematian. Antara para jemputan yang hadir pada malam tersebut adalah terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteru dan Timbalan Menteri (BAKTI), Wakil Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad dan pelajar-pelajar Universiti.