IFTAR Bersama Mahaad Tahfiz & Insan Kurang Bernasib Baik
Masjid Jamek, Kuala Lumpur, Khamis, 8 Jun 2017: Bagi mengimarahkan kehadiran bulan Ramadhan 1438 Hijrah, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengadakan satu majlis berbuka puasa bagi meraikan lebih daripada 450 tetamu pada majlis berbuka puasa yang berlangsung di Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur. Para tetamu terdiri daripada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Bayan, Pusat Jagaan Amal Asyura dan golongan kurang bernasib baik (gelandangan).
Tan Sri Dr. Mohamed Munir Abdul Majid, Pengerusi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, bersama-sama Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad. turut hadir bagi menyerikan majlis.
Program ini adalah inisiatif tahunan yang diadakan bertujuan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan memberi sumbangan berupa beg dan duit raya untuk anak-anak Mahaad Tahfiz. Manakala, tilam udara dan duit raya setiap seorang kepada golongan kurang bernasib baik (gelandangan) di sekitar kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Ia juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.