Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Sumbangan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. pihak Bank dengan kerjasama semua kakitangan telah melaksanakan satu lagi tanggungjawab sosial dengan terlaksananya Majlis Penyerahan sumbangan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang telah diadakan pada 31 Mac 2014 bersamaan 29 Rabiulakhir 1435H bertempat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid. Hasil sumbangan terkumpul daripada kakitangan berjumlah RM10,914.05 dan pihak bank melalui Tabung Mawaddah telah menambah sebanyak RM19,085.95 bagi, menggenapkan kepada RM30,000. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid , Ketua Pegawai Eksekutif sendiri kepada Presiden MAPIM iaitu Tuan Haji Mohd Azmi Abd Hamid.

Melihat kepada kesengsaraan yang ditanggung oleh masyarakat Islam di Palestin, Syria dan Myanmar di harap sumbangan kewangan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka di sana. Ini menandakan kita adalah warga yang prihatin dan penyayang yang selalu mengambil berat tentang permasalahan dan penderitaan sesama insan. Bagi pihak Tabung Mawaddah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga BMMB yang telah menyumbang. Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8230002.6660002.650000
BRUNEI DOLLARBND3.4030003.2030003.192000
CANADIAN DOLLARCAD3.1400003.0250003.008000
SWISS FRANCCHF5.3740005.1360005.118000
EURO EUR5.0440004.7590004.737000
STERLING POUNDGBP5.7910005.5300005.521000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6440002.4520002.437000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4030003.2030003.202000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3990004.1580004.141000

2025-08-01 08:38:20