Avillion Coastal Ride 2017
Acara Avillion Coastal Ride 2017 (ACR17) yang dianjurkan oleh DRB HICOM bertempat di Avillion Hotel, Port Dickson telah berlangsung dengan meriahnya semalam. Bank Muamalat merupakan penaja utama untuk program barbasikal ini dan Dato’ Redza Shah Abdul Wahid, CEO Bank Muamalat serta #WargaMuamalat turut menyertai acara ini sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur.
ACR17 adalah acara berbasikal yang dianjurkan setiap tahun dan tahun ini penganjur menyediakan tiga kategori utama untuk peserta mengambil bahagian iaitu Fun Ride 25 KM, Ride Scenic 90km dan Ride Endurance 160 KM.