Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Kemeriahan Karnival Sukan SRC BMMB vs KESAN 2016

Program Pemeriksaan Kesihatan & Kempen Derma Darah

Karnival Sukan SRC (Sports & Recreation Club) BMMB vs KESAN (Kelab Sukan Akauntan Negara) 2016 yang telah bermula semenjak bulan Februari yang lalu telah sampai ke acara kemuncaknya pada 26hb Mac 2016 . Agrobank Development Institute (ABADI), Bangi telah dipilih menjadi lokasi pertandingan akhir. Karnival yang julung kali di anjurkan ini, telah membabitkan 11 acara telah berjaya mengumpulkan lebih dari 260 atlet dari Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) turut membabitkan pengurusan tertinggi dari kedua-dua belah pihak.

Majlis Perasmian Karnival Sukan SRC BMMB vs KESAN 2016 ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Berhad. Dalam ucapan perasmian beliau, Y.Bhg Dato’ CEO menekankan bahawa objektif penganjuran Karnival ini, “tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, namun perkara yang lebih penting adalah kejohanan ini diharapkan agar dapat merapatkan tali silaturrahim di antara warga BMMB dan JANM. Bertandinglah dengan semangat juang yang tinggi dan pada masa yang sama ia dilakukan dalam rangka semangat kesukanan dan kekeluargaan.”

Pihak KESAN telah memenangi 7 dari 11 acara yang dipertandingkan dan mereka telah dinobatkan sebagai pemenang SRC BMMB – KESAN Challenge Trophy. Atlet kita turut cemerlang dalam acara badminton, futsal, memancingdan Battle Cry . Encik Ebi Suffian Ab Wahab dari SRC BMMB telah dianugerahkan Most Valuable Player dalam acara Futsal. Keputusan keseluruhan Karnival Sukan SRC BMMB vs KESAN 2016 adalah seperti berikut:

[tables field-name=”kemeriahan_karnival_sukan_src_bmmb_vs_kesan” tclass=”tbl-auto”]

Untuk Anugerah Most Valuble Player pemenang-pemenangnya adalah:

[tables field-name=”kemeriahan_karnival_sukan_src_bmmb_vs_kesan_award” tclass=”tbl-auto”]

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan YBhg. Dato’ Hj Che Pee bin Samsudin. Di dalam ucapan penutupnya, YBhg. Dato’ Hj Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CEO BMMB kerana sudi untuk menganjurkan Karnival ini bersama-sama pihak JANM. Menurut beliau bukan kemenangan atau kekalahan di dalam pertandingan Karnival ini menjadi tumpuan namun menurut beliau: “Bagi saya apa yang lebih signifikan di sini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah sebagai manifestasi dari semangat setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan yang sama-sama dikongsi oleh jawatankuasa iaitu menjadikan penganjuran karnival yang pertama kali sebagai acara yang berjaya dan sangat dibanggakan.”

Karnival sukan ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan kedua-dua belah pihak telah bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi. Ia bukan sahaja menjadi gelanggang untuk setiap pemain menunjukkan bakat dan kemahiran malah secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah sedia terjalin di antara BMMB dan JANM. Acara tumpuan diberikan kepada perlawanan ping pong di antara CEO BMMB dan Akauntan Negara Malaysia. Karnival ini turut dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh kakitangan dari kedua-dua organisasi dan KOPUTRA. Kanak-kanak yang hadir turut dihiburkan dengan permainan-permainan seperti bouncing castle, face painting, bubbles, sand art dan bertambah meriah dengan kehadiran seorang badut yang dijemput khas untuk mencuit hati pengunjung.

Tahniah kepada atlet SRC BMMB di atas kesungguhan anda semua.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8230002.6660002.650000
BRUNEI DOLLARBND3.4030003.2030003.192000
CANADIAN DOLLARCAD3.1400003.0250003.008000
SWISS FRANCCHF5.3740005.1360005.118000
EURO EUR5.0440004.7590004.737000
STERLING POUNDGBP5.7910005.5300005.521000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6440002.4520002.437000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4030003.2030003.202000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3990004.1580004.141000

2025-08-01 08:38:20