Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Gempa Bumi di Padang, Indonesia
Kampung Kecamatan Nan Sebaris, Pariaman masih lagi murung dengan kejadian gempa bumi yang menimpa Padang Sumatera Barat, Indonesia lewat jam 5.16 petang Rabu lalu (30 September 2009) dengan kekuatan gegaran 7.6 skala Richter. Cuba anda lihat surah dan ayat dibawah yang berlaku sama dengan waktu kejadian 1716 (sistem 24 jam).
17.16 (QS. Al Israa’, ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya?
Sehubungan itu, Bank Muamalat Malaysia Berhad, rasa terpanggil untuk sama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan berbentuk kelengkapan khemah, selimut, barangan makanan, bantuan perubatan, kain sarong dan lilin.
Misi yang diketuai oleh En PeerMohamed Ibramsha turut disertai sekumpulan 18 orang termasuklah 5 warga dari Bank Muamalat sendiri, qariah dari Masjid Mutiara Damansara, wakil-wakil media dan 2 wakil dari Klinik Dr. Fateh Mohd dan Rakan-Rakan. Pasukan petugas misi tiba seawal 7.33 pagi (waktu Indonesia) di Lapangan Terbang Minangkabau dengan menaiki pesawat 8201 FireFly yang ditempah khas untuk mengangkut barangan dan petugas-petugas dan kedatangan kami telah disambut oleh Saudara Rizzall Yazzer Huzzen Salleh, salah seorang sukarelawan Malaysia yang tiba di bumi Indonesia sejak hari Khamis lalu.
Petugas-petugas seterusnya menuju ke “hangar” untuk memunggah barangan bantuan ke dalam lori dan menuju terus ke kampung yang terjejas. Kumpulan petugas turut di’escort’ dengan kenderaan polis bagi memudahkan perjalanan dan pergerakan ke kawasan kejadian.
Pasukan petugas telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk tujuan mengagihkan bantuan di tiga kampung, iaitu:
Sementara itu, pasukan perubatan terus membuka “Posko Perubatan” yang ditempatkan di pusat kampung iaitu di Kampung Simpang Mara Palam dan menerima kunjungan yang tidak putus-putus oleh penduduk-penduduk yang ingin mendapatkan bantuan perubatan sehingga keesokan harinya.
Pasukan petugas turut di bawa ke China Town di Padang yang musnah sama sekali melainkan sebuah masjid hijau yang masih berdiri utuh tanpa terjejas sedikit pun. Para petugas turut diberitahu bahawa kawasan China Town adalah kawasan di mana gejala sosial berleluasa.
Bank Muamalat merupakan organisasi pertama yang menghulurkan bantuan di kampung-kampung yang terjejas ini. Menurut Ustaz Ikbal, Imam Kampung Mara Palam, dianggarkan 3 orang meninggal dengan jumlah penduduk keseluruhan seramai 16,000 penduduk. Anggaran rumah yang tidak layak diduduki adalah 95% manakala anggaran rumah yang rosak teruk adalah 90%.