Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Coretan Lambaian Kaabah

Siapa pernah pergi Umrah? Siapa yang tak teringin untuk melihat Ka’abah? Sempatkah aku pergi Umrah? Adakah aku akan dijemput untuk menjadi tetamu Allah? Soalan yang sentiasa bermain di fikiran semua umat Islam walau dimana saja mereka berada, satu tujuan dan satu matlamat iaitu untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah. Tetapi yang pastinya tekad dan azam untuk ke sana terus di tanam moga-moga satu hari nanti, impian akan tercapai dan niat yang suci akan menjadi kenyataan, apa yang nyatanya ialah impian 10 pasangan untuk menunaikan Umrah telah tercapai setelah tibanya mereka di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah Umrah pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H.

Detik 2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh 10 pasangan kerana pada tarikh tersebut mereka semua telah sepakat berkumpul di Ancasa Hotel Resort & Spa Kuala Lumpur sebelum berlepas pada keesokan harinya. Dari detik itu maka bermulalah perjalanan mereka sebagai tetamu Allah S.W.T melalui program “Employee Care” yang di anjurkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad dimana pihak Bank telah menaja 10 pasangan untuk menunaikan ibadah Umrah di Kota Suci Mekah. Perjalanan ke tempat yang asing pastinya memberikan seribu persoalan kepada mereka, tetapi penyedia pakej Umrah iaitu Omega Travel & Tours (OTT) telah menyediakan kursus yang diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddq, Bangsar pada 16 July 2011, untuk mempersiapkan jemaah bagi mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bahkan mereka juga turut menghantar wakil (Pn Yasidah) bagi memantau dan bersama-sama membantu antara satu sama lain bagi memastikan perjalanan jemaah dalam mengerjakan Umrah di Tanah Suci Makkah licin dan sempurna.

Bermula dengan ucapan kata-kata semangat dan penyampaian juadah berbuka kepada jemaah oleh Dato’ CEO di samping iringan doa dari Al-Fadil Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi di ruang legar ibu pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, perjalanan diteruskan ke KLIA dengan menggunakan kenderaan yang telah di sediakan oleh pihak Bank di mana jemaah di kehendaki berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengahari. Alhamdulillah, jika perkara baik yang diminta maka perkara baiklah yang akan kita dapat, rombongan jemaah ke tanah suci tiba di KLIA pada jam 11.30 pagi dan semua jemaah mahupun yang pergi sendiri bersama keluarga telah berkumpul tepat pada masa dan tempat yang ditetapkan. Masing-masing yang datang dengan 2-3 bagasi terus mendaftarkan bagasi mereka di tempat yang telah ditetapkan sebelum mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Pn Yasidah, wakil dari Omega Travel & Tours di samping memperkenalkan diri sebagai wakil dari Omega Travel & Tours bagi mengiringi jemaah di Tanah Suci Makkah.

Sepotong doa, nukilan dari Al-Fadhil Ustaz Mohd Azim Mohd Saufi serta linangan air mata dari ahli keluarga dan sahabat handai menjadi bekalan bagi jemaah untuk meneruskan perjalanan bagi menyahut seruan Ilahi. “Harta yang ku tinggalkan kepada anak-anak ku semuanya berada di dalam akal dan fikiran masing-masing, gunakalah dengan sebaiknya wahai anakku” begitulah pengucapan terakhir para jemaah kepada ahli keluarga masing-masing sebelum mengorak langkah ke Balai Berlepas dan dengan linangan air mata, para jemaah meninggalkan ahli keluarga serta semua kemewahan dunia untuk menyahut seruan Ilahi, InsyaAllah.

Ikuti sambungan coretan bersama kepulangan Jemaah Umrah dari Tanah Suci Mekah…

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8320002.6660002.650000
BRUNEI DOLLARBND3.4330003.2200003.209000
CANADIAN DOLLARCAD3.1690003.0430003.026000
SWISS FRANCCHF5.3490005.0960005.078000
EURO EUR5.0800004.7790004.757000
STERLING POUNDGBP5.8950005.6110005.602000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6820002.4790002.464000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4330003.2200003.219000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4060004.1520004.135000

2025-06-23 08:43:32