Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Program Kembali Ke Sekolah Untuk Anak-Anak Yatim Di Ibu Pejabat Bank Muamalat, Menara Bumiputra, Kuala Lumpur

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah bersama Anak-anak Yatim “Charity Free Market – Back to School’ di Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputera, Kuala Lumpur hari ini, 12 Disember 2014. Pihak Bank memberikan sumbangan kepada Rumah Warga Prihatin, Rumah Titian Kaseh dan Rumah Anak Yatim Darul Fuqaha untuk membeli-belah secara percuma pada hari itu.

Program telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat. Tan Sri Munir menyatakan “saya amat berbesar hati kerana warga Bank Muamalat sendiri secara sukarela telah menyumbang sebanyak RM35,366.00 kepada program ini”.

Objektif utama program ini selain melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat ia adalah untuk meringkankan beban khususnya kepada rumah jagaan anak-anak yatim bagi menyediakan keperluan pakaian dan peralatan persekolahan untuk sesi 2015 tidak lama lagi.

Program ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama Muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Kakitangan Bank Muamalat turut menyumbang kearah pembelian pakaian serta peralatan sekolah untuk lebih kurang 200 anak-anak Yatim. Kami berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu anak-anak ini.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.912000 2.751000 2.735000
BRUNEI DOLLAR BND 3.212000 3.025000 3.014000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.951000 2.845000 2.828000
SWISS FRANC CHF 5.167000 4.942000 4.924000
EURO EUR 4.794000 4.526000 4.504000
STERLING POUND GBP 5.488000 5.244000 5.235000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.444000 2.268000 2.253000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.212000 3.025000 3.024000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.087000 3.866000 3.849000

2026-04-24 08:31:26