Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH KASIH JING YUAN

Kuala Lumpur Sabtu, 18 Mei 2019: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) memberi sumbangan berupa barang-barang keperluan berserta duit raya kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan pada hari ini. Majlis sumbangan ini diadakan di perkarangan Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan , di cawangan Pandan Indah Commercial Park. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada penjaga Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan.

Program tanggungjawab sosial ini sudah lama dijalankan oleh Bank Muamalat dengan melaksanakan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial. Antara program yang dilaksanakan ialah membantu rumah-rumah anak yatim, madrasah-madrasah, sekolah-sekolah serta sekolahsekolah Tahfiz, membantu mangsa-mangsa bencana alam semulajadi, membantu Ibu-ibu tunggal serta membantu insan-insan yang memerlukan. Ia merupakan satu program dimana ia menggalakkan warga Bank, pelanggan, rakan perniagaan dan masyarakat luar secara amnya untuk menyumbang kepada masyarakat.

Pertubuhan ini ditubuhkan dengan objektif utamanya adalah untuk menyediakan penginapan dan perkhidmatan kemudahan rawatan dan penjagaan kepada para pesakit yang tua dan hidup tunggal. Golongan pesakit atau penghuni yang dijaga di bawah pusat jagaan ini merupakan golongan yang kurang bernasib baik dan mereka menghidapi penyakit yang sukar diubati. Mereka tidak mempunyai tempat penginapan selepas menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan. Para pesakit tersebut tidak berkeupayaan untuk menjaga diri sendiri dan mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyara hidup.

Dengan kos yang sentiasa meningkat, pertubuhan seperti ini sangat memerlukan sumbangan bantuan dari segi kos pengurusan, operasi, dan peralatan ubat-ubatan. Melihat kepada situasi ini, pihak Bank Muamalat berasa terpanggil untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya bagi membantu golongan ini dalam memastikan masyarakat mendapat penjagaan yang sempurna..

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.915000 2.758000 2.742000
BRUNEI DOLLAR BND 3.210000 3.027000 3.016000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.950000 2.847000 2.830000
SWISS FRANC CHF 5.164000 4.945000 4.927000
EURO EUR 4.791000 4.529000 4.507000
STERLING POUND GBP 5.488000 5.251000 5.242000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.459000 2.285000 2.270000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.210000 3.027000 3.026000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.077000 3.861000 3.844000

2026-04-23 08:27:12