Majlis Tilawah Al-Quran kali pertama, Bank Mualat Malaysia Berhad tahun 2015
Majlis Tilawah Al-Quran kali pertama, Bank Mualat Malaysia Berhad
Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Korporat telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran kali Pertama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Majlis ini telah diadakan di Tingkat 6, Menara Bumiputera dan bermula sekitar jam 2.30 petang. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB.
Objektif utama majlis ini diadakan adalah:
- Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Bank ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran seterusnya melahirkan generasi qurani
- Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung di dalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
- Bagi memilih Qari dan Qariah untuk mewakili Bank ke Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-2 Tahun 1437H/2015M
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan seluruh Malaysia telah menyertai majlis tilawah Al-Quran ini. Peserta telah diadili oleh dua orang panel hakim iaitu :
| 1 | Ustaz Mohd Fakhrul Radhi | Johan Akademi Al-Quran musim pertama | Tarannum & Suara |
| 2 | Ustaz Abdul Rahman Khamis | Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Gombak | Tajwid & Fasahah |
Bahagian – Bahagian penghakiman adalah seperti berikut :
| 1 | Tajwid & Fasahah | 40 Markah |
| 2 | Tarannum & Suara | 60 markah |
Berikut disertakan nama-nama peserta :
| 1 | Azrin Bin Omar | Surah Al – Baqarah - ayat 153 | Pej. Kaw. Selatan |
| 2 | Azhar Bin Ismail | Surah Al – Baqarah - ayat 275 | Pej. Kaw. Sel & N9 |
| 3 | Nik Abbas Nik Ishak | Surah Ali Imran - ayat 92 | Pej. Kaw. Pantai Timur |
| 4 | Muhammad Hakimi bin Mat Johor | Surah An – Nisa’ - ayat 114 | Pej. Kaw. Utara |
| 5 | Abdul Azim Bin Abd Rahim | Surah Al – An’am - ayat 74 | Jab. CSRD |
| 6 | Mohamad Safuan bin Jamin | Surah Yusoff - ayat 5 | Jab. Pengurusan Risiko |
| 7 | Mohd Fadzli Husain | Surah Al - Ankabut -ayat 56 | Jabatan Rentas |
| 8 | Mohd Zairi Bin Wasli | Surah As – Shura - ayat 36 | Pej. Kaw. M’sia Timur |
| 9 | Junaina Binti Jamaludin | Surah Ar – Rum - ayat 40 | Jab. TCM |
| 10 | Rosnani Binti Mohd Zain | Surah As Saf - ayat 11 | Pej. Kaw. W.P KL |
Keputusan Majlis Tilawah kali ini telah dimenangi oleh:
| Kategori Qariah : | Nama Peserta | Hadiah |
|---|---|---|
| Johan | Junaina Binti Jamaludin Jabatan TCM | Hadiah Wang Tunai RM300, Sijil Penyertaan dan Buku-Buku ilmiah |
| Naib Johan | Rosnani Binti Mohd Zain Pej. Kaw. W.P KL | Hadiah Wang Tunai RM200, Sijil Penyertaan dan Buku-Buku ilmiah |
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid. Majlis telah berakhir jam 5.30 petang dan jamuan ringan. Semoga majlis Tilawah ini akan menjadi program tahunan Bank bagi melahirkan kakitangan qurani dan cintakan Al-Quran dan seterusnya mendapat mardhotillah daripada Allah SWT.
InsyaAllah.

















