Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Bank Muamalat Agih 2000 Bungkusan Bubur Lambuk

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai dan kakitangan BMMB di hadapan bangunan Bank Muamalat iaitu Menara Bumiputera, Jalan Melaka pada 9 Ogos 2011, Selasa dari pukul 4:00 petang hingga 6:00 petang.

Pihak Bank berkerjasama dengan Maggi Nestle di mana, pihak Maggi Nestle menyediakan bubur lambuk untuk 2000 orang. Empat buah khemah didirikan dan Chef Muluk Hj Rambli daripada Maggi Nestle bersama-sama dengan kakitangan BMMB mula memasak bubur pada pukul 11:00 pagi tadi. Untuk memasak 1 kawah bubur lambuk, Chef Muluk menggunakan 10 kilo beras, 10 kilo daging hancur, 1 kilo udang kering, 4 kilo santan, 800 gram Maggi cukup rasa dan bahan-bahan lain.

Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif serta ahli-ahli Pengurusan Kanan Bank Muamalat turut turun ke padang untuk mengagihkan bubur lambuk beserta dengan kurma, biskut dan air mineral. Program ini dilihat dapat mengeratkan siratulrahim diantara kakitangan Bank Muamalat dengan Bank dan juga sebagai satu program tanggungjawab social. Ia juga sebagai tanda bersyukur pihak Bank dan seluruh warga atas apa yang diberikan oleh Allah SWT.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8340002.6780002.662000
BRUNEI DOLLARBND3.4000003.2030003.192000
CANADIAN DOLLARCAD3.1520003.0400003.023000
SWISS FRANCCHF5.2830005.0540005.036000
EURO EUR5.0070004.7290004.707000
STERLING POUNDGBP5.8970005.6360005.627000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6890002.4960002.481000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4000003.2030003.202000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3540004.1200004.103000

2025-06-06 08:30:56