Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Perbankan Islam Suatu Kewajipan dan Bukan Pilihan & Kecelakaan Riba’

8 June 2009 – Surau Al-Iman, Kemensah Heights, Ulu Kelang, Kuala Lumpur

9 June 2009 – Masjid Umar Ibni Al-Khattab, Bayan Baru, P.Pinang

Seksyen Syariah dan Jabatan Komunikasi Korporat dengan kerjasama Cawangan Taman Melawati dan Cawangan Bayan Baru telah menganjurkan satu ceramah berasingan yang bertajuk ‘Perbankan Islam Satu Kewajipan dan Bukan Pilihan’ dan ‘Kecelakaan Riba’ bertempat di Surau Al-Iman, Kemensah Heights, Ulu Kelang, Kuala Lumpur pada 8 Jun 2009 bersamaan 14 Jamadilakhir 1430H dan Masjid Umar Ibni Al-Khattab, Bayan Baru,Pulau Pinang pada 9 Jun 2009 bersamaan 15 Jamadilakhir 1430H . Ceramah telah disampaikan oleh Y Berusaha Ustaz Mohd Hafiz Hj. Fauzi, Ketua Seksyen Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ceramah ini telah diadakan selepas solat maghrib dan dihadiri lebih kurang 150 hingga 250 jemaah termasuk kakitangan bank yang berada di sekitar kawasan tersebut. Ceramah ini berakhir selepas solat Isyak dan diteruskan dengan jamuan makan malam yang ditaja oleh pihak bank.

Sesungguhnya program murni ini adalah salah satu usaha dan tanggunggawab sosial yang dijalankan oleh pihak bank untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya Perbankan Islam dan kesan riba di dalam kehidupan manusia. Ianya juga dapat mengeratkan ukhuwah di antara kakitangan bank dan masyarakat setempat. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara kakitangan ibu pejabat dan kakitangan cawangan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kita yang sedikit ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Wallahu’alam.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.7950002.6430002.627000
BRUNEI DOLLARBND3.3970003.2020003.191000
CANADIAN DOLLARCAD3.1000002.9910002.974000
SWISS FRANCCHF5.3730005.1420005.124000
EURO EUR5.0840004.8040004.782000
STERLING POUNDGBP5.8340005.5790005.570000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.5870002.4020002.387000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3970003.2020003.201000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3480004.1160004.099000

2025-08-21 08:47:42