Aktiviti CSR Di Masjid Kampung Bukit Kelulut, Temerloh, Pahang
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dan limpah kurnianya, Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui ROKEB Muamalat Bikers telah selesai menjalankan akitiviti CSR di Masjid Kampung Bukit Kelulut, Temerloh, Pahang pada hari Sabtu, 6 September 2014 bersamaan 11hb Zulkaedah 1435h yang lepas.
Objektif CSR pada hari tersebut adalah untuk memberikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Tabung Masjid Kampung Bukit Kelulut dan juga sumbangan berupa barang-barang keperluan makanan dan wang tunai kepada beberapa penduduk yang kurang bernasib baik.
Majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah bersama penduduk tempatan diikuti dengan bacaan doa selamat dan ucapan daripada Pengerusi masjid yang mengalukan kedatangan wakil-wakil daripada Bank Muamalat. Aktiviti CSR ini turut dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Bank Muamalat Cawangan Temerloh dan beberapa orang ahli ROKEB.
Seterusnya wakil dari ROKEB menyampaikan sumbangan kepada Tabung Masjid Kampung Bukit Kelulut sebanyak RM400.00 dan sumbangan berupa barang-barang keperluan makanan seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain lagi beserta wang tunai kepada beberapa penduduk yang kurang bernasib baik yang telah dikenal pasti oleh Pengerusi Masjid .
Senarai penerima sumbangan pada hari tersebut ialah seperti berikut :
Majlis di akhiri dengan ucapan oleh Pengerusi Masjid yang mengucapkan ribuan terimakasih yang tidak terhingga kepada pihak Bank Muamalat yang sudi memberikan sumbangan ikhlas kepada Masjid Kampung Bukit Kelulut, Temerloh, Pahang dan beberapa penduduk yang kurang bernasib baik. Dengan sumbangan ini mereka berharap agar dapat meringankan serba sedikit beban hidup penduduk yang terlibat dan dapat menambahbaikan kemudahan di masjid kampung tersebut. Mereka juga berharap agar usaha murni ini terus berpanjangan dan diberkati Allah S.W.T. dan mendoakan agar Bank Muamalat Malaysia Berhad terus maju dan beroleh kejayaan di masa hadapan.