Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD MEWAKAFKAN SEBUAH BANGUNAN BENGKEL KEMAHIRAN KEPADA MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG

Gua Musang, Kelantan, Rabu 20 Mei : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) buat pertama kalinya mewakafkan sebuah bangunan Bengkel Kemahiran Muamalat kepada Maahad Muhammadi, Gua Musang, Kelantan pada hari ini. Majlis telah diadakan di perkarangan Maahad Muhammadi, Gua Musang, Kelantan. Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat telah merasmikan sekaligus melafazkan akad wakaf sumbangan tersebut kepada pengetua Maahad Muhammadi, Gua Musang iaitu Y.Berusaha Ustaz Khairuddin bin Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Y.Berusaha En. Mohd Kamarudin bin Umar.

Program tanggungjawab sosial ini sudah lama dijalankan oleh Bank Muamalat dengan melaksanakan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial. Antara program yang dilaksanakan ialah membantu rumah-rumah anak yatim, madrasah-madrasah, sekolah-sekolah, membantu mangsa-mangsa bencana alam semulajadi, membantu Ibu-ibu tunggal serta membantu insan-insan yang memerlukan. Ia merupakan satu program dimana ia menggalakkan warga Bank, pelanggan, rakan perniagaan dan masyarakat luar secara amnya untuk menyumbang kepada masyarakat.

Pada hari ini sebuah bangunan bernilai hampir RM65,000.00 diwakafkan kepada Maahad Muhammadi, Gua Musang, Kelantan bagi mengantikan sebuah bengkel kemahiran yang telah musnah dilanda banjir di Kelantan baru-baru ini. Bengkel ini merupakan bangunan yang pertama yang dibina selepas bencana banjir di Kelantan. Bengkel Kemahiran Muamalat ini juga merupakan tempat para pelajar menimba ilmu didalam ilmu kemahiran seperti pertukangan, elektirk dan lain-lain. Bank Muamalat juga memberi sumbangan beg sekolah kepada para pelajar Maahad Muhammadi.

Majlis diakhiri dengan lafaz akad wakaf kepada pengetua Maahad Muhammadi, Gua Musang, Y.Berusaha Ustaz Khairuddin bin Ismail dan seterusnya menyempurnakan perasmian bangunan Bengkel Kemahiran Muamalat.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.951000 2.790000 2.774000
BRUNEI DOLLAR BND 3.307000 3.117000 3.106000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.972000 2.867000 2.850000
SWISS FRANC CHF 5.242000 5.016000 4.998000
EURO EUR 4.878000 4.609000 4.587000
STERLING POUND GBP 5.620000 5.373000 5.364000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.472000 2.295000 2.280000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.307000 3.117000 3.116000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.270000 4.041000 4.024000

2026-06-24 08:34:07