Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

BANK MUAMALAT MENYUMBANG SEBUAH MOTOSIKAL KEPADA PEMUDA OKU

LUBUK MAS – Pemuda orang kurang upaya (OKU) yang juga ketua keluarga kini boleh menjadi peraih ikan selepas menerima motosikal roda tiga sumbangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Riduan Yusoff, 34, yang mengalami kecacatan fizikal pada bahagian tangan selama ini menyara keluarga dengan mencari ikan air tawar bersama isterinya Siti Rogayah halim, 25.

Menurutnya, dia akan turun ke tasik atau lombong berhampiran kawasan Banir atau Chendering setiap hari untuk mencari rezeki.”Walaupun mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350, ia tidak mencukupi untuk menyara kami sekeluarga dan termasuk terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan”.”Ini satu-satu kerja yang saya mampu buat walaupun berdepan detik-detik bahaya apabila bertembung dengan binatang berbisa seperti ular ketika mahu menarik pukat,” katanya ketika ditemui dirumahnya, di sini.

Hadir sama, Penolong Pengurus Bank Muamalat Cawangan Ipoh, Azhar Ibrahim dan Wakil JKM Batang Padang, Aripsi Abdul Rahman. Riduan berkata, sumbangan Bank Muamalat ini membolehkan dia menjadi peraih dan tidak perlu turun ke lombong atau tasik untuk menangkap ikan air tawar ” Bukan itu sahaja, saya berharap dengan motosikal ini, rezeki untuk kami sekeluarga bertambah, terima kasih Bank Muamalat,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, sumbangan itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial (CSR) pihaknya untuk membantu Riduan meningkatkan taraf ekonomi keluarganya. Katanya, selain memberikan sebuah motosikal beroda tiga, pihaknya juga memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM2,000 kepada Riduan dan tempoh pembayaran dalam dua tahun.”Kita berkerjasama dengan JKM untuk mencari penerima layak yang boleh memajukan diri mereka dan keluar daripada kemiskinan.”

“Setelah beberapa perkara diteliti, penerima ini (Riduan) layak menerima sumbangan ini selain beliau seorang OKU dan mampu bekerja untuk menyara keluarganya,” katanya.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8370002.6830002.667000
BRUNEI DOLLARBND3.4120003.2170003.206000
CANADIAN DOLLARCAD3.1390003.0290003.012000
SWISS FRANCCHF5.4180005.1860005.168000
EURO EUR5.1110004.8300004.808000
STERLING POUNDGBP5.9130005.6550005.646000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6870002.4960002.481000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4120003.2170003.216000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3180004.0880004.071000

2025-07-01 08:37:29