Ceramah Riba dan Kesannya dalam Kehidupan Di Institut Pendidikan Guru Perempuan (IPG) Melaka
11 Januari 2011: Satu Majlis Ceramah berkenaan Riba dan kesannya dalam kehidupan telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Perempuan Melaka. Majlis ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mdohd Hafiz Hj. Fauzi, Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad ini turut dihadiri oleh Pengurus Kawasan Selatan En. Said Azmi Said Ali, Pengurus Cawangan Melaka, Abdul Aziz Sahak dan kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Majlis ceramah ini diadakan bersempena dengan Program Psikologi Persaraan, Institut Pendidikan Guru Perempuan Melaka.