Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

KELANTAN – Unit Penguasaan Pasukan Penyelamat “Emergency Rescue Team”

29 Disember, Kelantan I Bencana banjir di Malaysia kini semakin menakutkan apabila paras air semakin naik membanjiri kawasan-kasawan yang tidak dijangka. Keadaan banjir di Kelantan khususnya semakin buruk sejak beberapa hari yang lalu dan kini jumlah mangsa terus meningkat kerana hujan turun tidak berhenti diikuti musim monsun timur laut beserta angin kencang.

Kota Bharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

Bank Muamalat Malaysia Berhad telah melancarkan Unit Penguasaan Pasukan Penyelamat “Emergency Rescue Team” bagi menjejaki kakitangan yang berkhidmat di cawangan Kelantan, ia juga bukan sekadar menjejaki malah menghulurkan bantuan dari segi makanan dan minuman kepada kakitangan BMMB dan mangsa banjir yang berada dikawasan yang terlibat. Kumpulan pertama yang diketuai oleh En. Khaid Zamzam telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dengan mengambil masa perjalanan selama 21 jam pada 27 Disember 2014, sekitar jam 10 pagi. Kumpulan pertama telah disertai seramai 10 orang dengan menaiki 3 buah pacuan 4 roda dan sebuah lori 5 tan dengan muatan barangan makanan, minuman serta keperluan lain. Kumpulan pertama kemudian bergabung dengan Hj Che Mazlan dan Hj Zaharuddin yang sudah berada di Kota Bharu lebih awal bersama kumpulan PAPISMA.

Pada hari ketiga, Unit Penguasaan Pasukan Penyelamat “Emergency Rescue Team” berjaya mengagihkan makanan dan minuman kepada beberapa buah keluarga kakitangan Bank Muamalat yang terlibat tetapi ada juga keluarga yang tidak dapat dihubungi.

Kumpulan kedua bertolak menaiki pesawat pada 28 Disember 2014. Setibanya di Kuala Terengganu, kumpulan kedua yang diketuai oleh Ustaz Hafiz telah membeli barangan keperluan asas dengan pertolongan Pengurus cawangan disana. Kumpulan pertama dan kedua bergabung di Kota Bharu dirumah En. Adli.

Kumpulan ketiga yang diketuai oleh En. Norizuan bertolak bersama sebuah pacuan 4 roda diserta seramai 5 orang dan sebuah lori muatan makanan, minuman serta keperluan lain. Manakala kumpulan keempat yang diketuai oleh En. Joehariza bertolak pada 29 Disember 2014 sekitar 10 pagi bersama sebuah pacuan 4 roda disertai bersama 5 orang kakitangan dan sebuah lori muatan makanan, minuman dan keperluan lain.

Kumpulan Pertama – 27 Disember 2014 (Sabtu)

    1) Noor Jazimah
    2) Mazura Ab Majid
    3) Faridayanti
    4) Khalid Zamzam
    5) Ahmad Zaki
    6) Shasrulsham
    7) Ahmad Zawawi
    8) Shamsul Azrai Zairi
    9) Mohd Rahmad Yusop
    10) Mohd Syuhaimi
    11) Amalina Izzah
    12) Ezuan Shah

Kumpulan Kedua – 28 Disember 2014 (Ahad)

    1) Mohd Hafiz Fauzi
    2) Mohd Azim Mohd Saufi

Kumpulan Ketiga – 28 Disember 2014 (Ahad)

    1) Norizuan Mohamad Nordin
    2) Norazmi Mohamed Ali
    3) Mohd Syaifulnoor Jamil
    4) Muhammad Nur Khairi Abdullah
    5) Rohaizal Mohd tawi

Kumpulan Keempat – 29 Disember 2014 (Isnin)

    1) Joehariza Bin Zakaria
    2) Mohd Khairi Bin Mat Isa
    3) Mohamad Adam Bin Mohd Sidik
    4) Nor Afindi Bin Hashim
    5) Noorjasmi Bin Noordin

Kumpulan Kelima – 3 Januari 2015 (Sabtu)

    1) Muhammad Iqbal Zubir Albakri
    2) Mohammad Munir Mustaffa
    3) Zairil Anwar Ahmad
    4) Muhammad Za’im Fikri Zainol Badli
    5) Syed Azlan Syed Ibrahim
    6) Mohd Rizal Md Yusof
    7) Quazir Ikhwan Mohd Reduan
    8) Haryati Abd Ghani
    9) Noor Hasliza Abu Bakar
    10) Siti Rodziyah Aziz
    11) Zaidy M. Yusak
    12) Mohd Hairol Anwar

Semoga dengan kehadiran kakitangan dari Ibu Pejabat dengan membawa makanan, minuman serta keperluan lain dapat meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8320002.6760002.660000
BRUNEI DOLLARBND3.4250003.2260003.215000
CANADIAN DOLLARCAD3.1460003.0330003.016000
SWISS FRANCCHF5.3910005.1550005.137000
EURO EUR5.0900004.8060004.784000
STERLING POUNDGBP5.9250005.6610005.652000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6800002.4870002.472000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4250003.2260003.225000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3650004.1290004.112000

2025-06-25 08:20:12