Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar UiTM, Cawangan Arau

Seramai 79 orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau bersama-sama dengan En Roslan selaku pengiring, telah membuat Lawatan Sambil Belajar ke Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 5 Mac 2010 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 6 Menara Bumiputra. Program telah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sesi pertama telah disampaikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Ismail (Ketua Unit Pembangunan Perniagaan) bertajuk “OVERVIEW ON BMMB”. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh En Awang @ Musran Tawil (Ketua Unit Pembiayaan Peribadi Berstruktur) mengenai Produk-produk yang disediakan oleh BMMB dan kebaikannya. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai maklumat BMMB dan juga perkembangan serta produk-produk Bank.

Sesi taklimat ini berakhir dengan sesi soal jawab serta sesi lawatan ke Cawangan Jalan Melaka yang telah dikendalikan oleh En Azam Azizi bin Mohamad Zin selaku Pembantu Pengurus Cawangan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan para pelajar yang hadir berharap ianya dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk berkongsi pendedahan sebenar mengenai produk dan hala tuju Perbankan Islam secara menyeluruh.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8500002.6960002.680000
BRUNEI DOLLARBND3.4090003.2150003.204000
CANADIAN DOLLARCAD3.1810003.0710003.054000
SWISS FRANCCHF5.3220005.0970005.079000
EURO EUR5.0400004.7650004.743000
STERLING POUNDGBP5.8930005.6390005.630000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6920002.5020002.487000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4090003.2150003.214000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4520004.2170004.200000

2025-05-02 09:54:22