Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Majlis Tilawah Al-Quran kali pertama, Bank Mualat Malaysia Berhad tahun 2015

Majlis Tilawah Al-Quran kali pertama, Bank Mualat Malaysia Berhad

Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Korporat telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran kali Pertama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Majlis ini telah diadakan di Tingkat 6, Menara Bumiputera dan bermula sekitar jam 2.30 petang. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah:

  1. Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Bank ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran seterusnya melahirkan generasi qurani
  2. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung di dalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
  3. Bagi memilih Qari dan Qariah untuk mewakili Bank ke Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-2 Tahun 1437H/2015M

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan seluruh Malaysia telah menyertai majlis tilawah Al-Quran ini. Peserta telah diadili oleh dua orang panel hakim iaitu :

1 Ustaz Mohd Fakhrul RadhiJohan Akademi Al-Quran musim pertama Tarannum & Suara
2 Ustaz Abdul Rahman Khamis Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah GombakTajwid & Fasahah

Bahagian – Bahagian penghakiman adalah seperti berikut :

1Tajwid & Fasahah 40 Markah
2Tarannum & Suara 60 markah

Berikut disertakan nama-nama peserta :

1 Azrin Bin Omar Surah Al – Baqarah - ayat 153 Pej. Kaw. Selatan
2 Azhar Bin IsmailSurah Al – Baqarah - ayat 275 Pej. Kaw. Sel & N9
3 Nik Abbas Nik Ishak Surah Ali Imran - ayat 92Pej. Kaw. Pantai Timur
4 Muhammad Hakimi bin Mat Johor Surah An – Nisa’ - ayat 114 Pej. Kaw. Utara
5Abdul Azim Bin Abd Rahim Surah Al – An’am - ayat 74 Jab. CSRD
6 Mohamad Safuan bin Jamin Surah Yusoff - ayat 5 Jab. Pengurusan Risiko
7Mohd Fadzli Husain Surah Al - Ankabut -ayat 56 Jabatan Rentas
8 Mohd Zairi Bin Wasli Surah As – Shura - ayat 36Pej. Kaw. M’sia Timur
9Junaina Binti JamaludinSurah Ar – Rum - ayat 40Jab. TCM
10 Rosnani Binti Mohd ZainSurah As Saf - ayat 11 Pej. Kaw. W.P KL

Keputusan Majlis Tilawah kali ini telah dimenangi oleh:

Kategori Qariah :Nama PesertaHadiah
JohanJunaina Binti Jamaludin
Jabatan TCM
Hadiah Wang Tunai RM300, Sijil Penyertaan dan Buku-Buku ilmiah
Naib JohanRosnani Binti Mohd Zain
Pej. Kaw. W.P KL
Hadiah Wang Tunai RM200, Sijil Penyertaan dan Buku-Buku ilmiah

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid. Majlis telah berakhir jam 5.30 petang dan jamuan ringan. Semoga majlis Tilawah ini akan menjadi program tahunan Bank bagi melahirkan kakitangan qurani dan cintakan Al-Quran dan seterusnya mendapat mardhotillah daripada Allah SWT.

InsyaAllah.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.883000 2.720000 2.704000
BRUNEI DOLLAR BND 3.232000 3.040000 3.029000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.930000 2.821000 2.804000
SWISS FRANC CHF 5.152000 4.921000 4.903000
EURO EUR 4.801000 4.528000 4.506000
STERLING POUND GBP 5.477000 5.227000 5.218000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.439000 2.260000 2.245000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.232000 3.040000 3.039000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.104000 3.877000 3.860000

2026-04-09 08:41:30