Mari Mengaji Bersama Al-Baghdadi
Sempena sambutan tahun baru Maal Hijrah 1438 yang lalu, pihak Komunikasi Koperat dan pihak surau ingin memperkenalkan program mari mengaji. Kursus mengaji ini akan menggunakan perkhidmatan Al Baghdadi Group Sdn Bhd. Pusat pembelajaran ini menggunakan pendidikan Al Quran yang berinovasi baru.
Kursus yang ditawarkan adalah seperti Program Asas / Tahmid dan Tajwid Al Baghdadi, Program Hafazan Al Baghdadi dan Program Ransang Janin Al Baghdadi. Program yang kebiasaan dijalankan adalah 1 jam bermula dari jam 1 petang hingga 2 petang selama 4 Bulan.