Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Misi Kemanusian Pelarian Syria & Kembara Rohani Bersama Muslim Care Malaysia Pada 16 hingga 20 Oktober 2013

Muqaddimah

Bermula dari mesyuarat di antara wakil Jawatankuasa Tabung Mawaddah yang diketuai oleh Pengerusinya Tn Hj Peer Ibramshah dengan NGO Muslim Care (MC) dengan rakan NGO MC, Jam’yyah Kahiriyyah Islamiyyah Mafraq (Maskaz Islami) pada 15/07/13, telah diterjemahkan dengan penglibatan Bank Muamalat dalam membantu pelarian Syria menerusi Misi Kemanusian Pelarian Syria dan Kembara Rohani. Pihak Bank menerusi Tabung Mawaddah, telah bersetuju membantu pelarian Syria di sempadan Jordan dalam bentuk barangan keperluan harian bernilai RM100,000 dan sumbangan kepada pembinaan kilang roti di Syria sebanyak RM50,000.

Misi Kemanusian Pelarian Syria & Kembara Rohani ini telah dianggotai oleh 13 orang terdiri daripada 2 wakil bank iaitu penasihat Shariah Bank, Ustaz Doktor Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Hj. Che Mazlan Che Yusoff. Selain dari wakil MC yang diketuai oleh Pengerusinya Tn Hj. Mohd Ariffin, misi ini juga dianggotai oleh aktivis MC, Ust Md. Nazmi Abd Karim & wakil media dari IKIMfm, Harian Metro, TV Al-Hijrah dan wakil Syarikat Alam Maritine. Sebahagian daripada wakil media telah dibiayai oleh pihak Bank. Ahli rombongan telah diiringi oleh 2 wakil MC Jordan, terdiri dari pelajar Universiti Yarmouk, Irbid, Ustaz Rashdan & Ustaz Izuddin. Matlamat misi dari segi persepektif Bank ialah:

  • menyampaikan bantuan pihak Bank dalam bentuk keperluan asasi kepada pelarian Syria dan kepada pembinaan kilang roti di Ghutoh, Damsyik, Syria.
  • Menimbulkan kesedaran masyarakat Malaysia untuk turut sama membantu pelarian Syria menerusi laporan media di radio, akhbar & televisyen.
  • Hari Pertama (16 Oktober 2013)

    Rombongan bertolak dengan menaiki penerbangan Emirates pada 16/10/13, jam 2 pagi dari KLIA dan mendarat di Lapangan Terbang Queen Alia di Amman, Jordan jam 12.15 tengahari hari yang sama (Jordan lewat 6 jam). Dengan menaiki dua kenderaan rombongan terus dibawa ke hotel di daerah Irbid. Selepas solat magrib, kami ke Dewan Solah Petra untuk sesi pertemuan dengan 300 pelajar Malaysia yang belajar di 7 universiti di daerah-daerah Irbid, Mu’tah, Mafraq & Amman. Ustaz Zulkifli & Ustaz Nazmi telah menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan-soalan dari para pelajar. Sesi pertemuan tamat lewat malam & kami dimaklumkan bahawa pelajar dari universiti di Amman hanya akan sampai ke penginapan masing-masing jam 2 atau 3 pagi (3 jam perjalanan).

    Hari Kedua (17 Oktober 2013)

    Pada jam 6.30 pagi, rombongan telah bergerak ke daerah Mafraq untuk bertemu dengan pelarian Syria di beberapa kem pelarian dan markas NGO seperti yang direncanakan. Kami dinasihatkan supaya tidak mengambil foto di lokasi-lokasi tentera di sepanjang perjalanan & tidak memberi barangan kepada pelarian bagi mengelak perebutan & rempuhan. Walau bagaimanapun, hasrat kami tidak kesampaian kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam Kem Za’tari yang menempatkan 160 ribu keluarga pelarian Syria, oleh tentera Jordan yang berkawal. Kami membuat keputusan untuk mengambil foto di luar kem & berinteraksi dengan kanak-kanak pelarian yang berkeliaran di luar kem. Keadaan menjadi tegang apabila kamera-kamera kami telah dirampas oleh tentera Jordan. Akan tetapi, setelah diperiksa, kamera-kamera kami telah dipulangkan kecuali “memory card” kamera wakil Syarikat Alam Maritine telah dirampas. Tidak cukup dengan kejadian kamera dirampas, kenderaan kami telah dilontar batu oleh kanak-kank Syria kerana tidak mendapat sebarang bantuan. Kami tidak salahkan kanak-kanak berkenaan kerana itulah suasananya di kem pelarian sampai ke tahap bergaduh untuk mendapat bantuan.

    Dalam perjalanan kami ke pusat pendidikan di Markas Islami di daerah yang sama, kami singgah ke tempat penyembelihan untuk melihat penyembelihan korban yang ditempah oleh MC untuk diagih-agihkan kepada pelarian Syria. Beberapa wakil rombongan termasuk Ust Zul telah mengambil peluang untuk menyembelih beberapa ekor kambing biri-biri. Di Markas Islami, NGO Jam’iyyah Islamiyyah Mafraq telah pun mengumpul 120 keluarga pelarian Syria di sebuah dewan untuk menerima bantuan barangan serta sedikit wang tunai untuk keperluan harian. Wakil NGO Sheikh Solah dalam ucapannya telah menyatakan penghargaan di atas bantuan rakyat Malaysia khususnya Bank Muamalat.

    Kemudian rombongan bergerak kembali ke daerah Irbid untuk bertemu dengan NGO kedua, Rabitah Ahlul Huron. Di markas Rabitah, bantuan diberikan kepada 70 keluarga pelarian. Selesai majlis, kami telah dihampiri seorang ibu dari kalangan pelarian Syria yang ingin menyerahkan anaknya untuk dibawa pulang ke Malaysia, tetapi kami terpaksa menolak dengan baik.

    Pada malamnya, beberapa orang wakil misi telah mengadakan pertemuan dengan 2 perwakilan NGO Abrar Syam yang berpusat di Turki. Pihak MC telah terlebih dahulu mengadakan perjanjian kerjasama dengan Abrar Sham khususnya untuk membantu dalam pembinaan kilang roti bawah tanah di Ghutoh, di dalam Syria. Apabila ditanya, wakil Abrar menyatakan tindakan itu perlu bagi menghalang kilang roti berkenaan dibom oleh kerajaan Syria. Pada masa yang sama, Haji Che Mazlan telah menyerahkan sumbangan Bank sebanyak RM50,000 & pihak MC pula menyumbang RM150,000 kepada wakil Abrar. Jumlah diperlukan untuk pembinaan kilang roti berkenaan ialah RM300,000.

    Hari Ketiga (18 Oktober 2013)

    Rombongan begitu bersemangat untuk menjejakkan kaki ke tanah Palestin, lebih-lebih lagi untuk solat di masjid ke-3 paling suci iaitu Masjid Al-Aqsa. Kami telah bersarapan pagi dengan roti dan kuih di dalam kenderaan kerana faktor masa, rombongan telah sampai ke sempadan Jordan-Palestin (Israel) dan telah dibenarkan oleh Imigresen Jordan untuk memasukki Palestin (Israel) kerana pihak MC telah terlebih dahulu mendapatkan visa lawatan untuk ahli rombongan memasuki Palestin. Sesampai di Imigresen Israel, rombongan walau bagaimanapun telah ditahan selama 8 jam kerana wakil IKIMfm didapati pernah mengikuti kapal Manimara Frotilla. Kesemua wakil MC telah disoal siasat kerana beberapa kali memasuki Gaza untuk misi kemanusiaan. Setibanya ahli rombongan ke Irbid lewat malam, barulah kami dapat menjamah makanan setelah 12 jam berlapar.

    Hari Ke Empat (19 Oktober 2013)

    Hari keberangkatan balik untuk sebahagian ahli rombongan iaitu wakil MC & wakil Bank. Bersama-sama dengan rakan-rakan media yang kembali lebih lewat kerana tiada tiket awal, rombongan telah mengambil kesempatan untuk menziarahi Makam Nabi Syuib & lokasi Ashabul Kahfi dalam perjalanan kami ke Lapangan Terbang Queen Alia. kami berasa amat bersyukur kerana matlamat misi telah tercapai malah laporan-laporan IKIMfm, khususnya laporan harian Harian Metro telah berjaya menyampaikan mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh pihak Bank & Muslim Care bagi membantu pelarian Syrian. Pihak TV Al-Hijrah juga telah berjaya merakamkan sebuah “travel lodge” untuk rancangan Cinta Ilmunya, mengenai tempat-tempat para ambia di bumi Jordan yang diulas oleh Ust. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

    Disediakan oleh: Che Mazlan bin Che Yusoff (Ahli Jawatankuasa Tabung Mawaddah/ Jabatan Shariah)

    Chat with us on
    WhatsApp
    AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8290002.6730002.657000
    BRUNEI DOLLARBND3.4200003.2210003.210000
    CANADIAN DOLLARCAD3.1480003.0340003.017000
    SWISS FRANCCHF5.2970005.0640005.046000
    EURO EUR4.9910004.7120004.690000
    STERLING POUNDGBP5.8450005.5840005.575000
    NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6680002.4760002.461000
    SINGAPORE DOLLARSGD3.4200003.2210003.220000
    UNITED STATES DOLLARUSD4.4330004.1920004.175000

    2025-05-09 08:41:29