NegaraKu
Sabtu, 29 Ogos:Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula suasana sambutan kemerdekaan pada 1957 di Laluan Warisan berhadapan Ibu Pejabat Bank Muamalat Jalan Melaka.
‘Negaraku Sehati Sejiwa’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia tahun ini yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 16 September 2017. Aturcara bermula dari jam 10.00 pagi dimulakan dengan perarakan jalur gemilang (Bendera Malaysia) bersama-sama dengan Y.Bhg Dato’ Haji Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, bacaan doa, persembahan Koir lagu Negaraku seramai 20 orang kakitangan yang terlibat serta lagu Jalur Gemilang bagi membangkitkan semangat sempena hari kemerdekaan selang beberapa hari lagi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Redza Shah Abdul Wahid dengan menandatangani diatas Jalur Gemilang dan ucapan hari kemerdekaan. Semoga dengan penyatuan majlis ini dapat merapatkan lagi jurang diantara kakitangan dan pihak pengurusan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60.












































