Program Ziarah Teristimewa Bersama di Rumah Bakti Nur Syaheera
Kuala Lumpur, 6 April 2024: Bank Muamalat hari ini menganjurkan program “Ziarah Teristimewa Bersama” di Rumah Bakti Nur Syaheera. Program ini melibatkan pemberian duit raya kepada 30 anak yatim dan asnaf serta sumbangan RM5,000 kepada pertubuhan kebajikan.
Pada majlis tersebut Bank Muamalat turut menyumbangkan baju raya kepada penghuni rumah tersebut sebagai persediaan sambutan Aidilfitri yang akan tiba kelak.