Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Tabung Mawaddah, Bank Muamalat Malaysia Berhad menyumbang sebuah van sekolah kepada Tahfiz Az-Zainab, KG. Serendah, Chetok, Pasir Mas, Kelantan

Pasir Mas, Ahad 8 Mei : Tabung Mawaddah hari ini menyumbang sebuah van sekolah kepada Tahfiz Az-Zainab yang bernilai RM109,590.01 (Seratus Sembilan Ribu Lima Ratus Sembilan Puluh dan Satu Sen) Majlis penyerahan sumbangan dan perasmian Tahfiz ini diadakan di Tahfiz Az-Zainab, Kg Serendah, Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menyerahkan sendiri simbolik sumbangan tersebut kepada Y.Bhg Profesor Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Izaini Ghani, Setiausaha, Pertubuhan Kebajikan Keluarga Haji Ghani dan disaksikan oleh Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, Penasihat, Tahfiz Az-Zainab.

Pusat pengajian Tahfiz Az-Zainab ditubuhkan pada 30 Oktober 2015. Ia menyediakan pendidikan agama dan hafazan Al-Quran kepada pelajar-pelajarnya. Pusat pengajian ini mengambil pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak asnaf, anak-anak yatim piatu dan dari keluarga berpendapatan rendah berumur diantara 8-15 tahun. Pada masa ini pusat pengajian ini mempunyai 30 orang pelajar dan dua orang guru.

Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir berkata. ” Diharapkan sumbangan ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak ini adalah masa depan negara. Kita mahu mereka menjadi pelapis yang celik Al-Quran selain dalam akademik untuk menghadapi cabaran yang semakin getir di masa hadapan.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.867000 2.710000 2.694000
BRUNEI DOLLAR BND 3.242000 3.055000 3.044000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.949000 2.845000 2.828000
SWISS FRANC CHF 5.166000 4.943000 4.925000
EURO EUR 4.806000 4.541000 4.519000
STERLING POUND GBP 5.475000 5.234000 5.225000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.421000 2.247000 2.232000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.242000 3.055000 3.054000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.149000 3.927000 3.910000

2026-04-07 08:36:27