Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Wakaf Selangor Muamalat Menyumbang Van Sekolah kepada Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Star

Alor Setar, Isnin 23 Nov : Wakaf Selangor Muamalat menyumbang sebuah van kepada Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar. Majlis sumbangan ini diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Sains Tahfiz (SEMESTI) Alor Setar, Alor Setar, Kedah. Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat telah menyerahkan sendiri sumbangan tersebut kepada Pengetua SEMESTI Alor Setar, Ustaz Mohd Idris bin Mahmud.

SEMESTI Alor Setar merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Sekolah ini menawarkan kurikulum tahfiz Al-Quran akademik (PT3 dan SPM), dan Azhari (agama). Sekolah ini mempunyai pelajar seramai 248 orang. Sebuah van pengangkutan bernilai RM 104,290.02 disumbangkan bagi memenuhi keperluan sekolah ini.

Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad berkata. “Wakaf Selangor Muamalat masih baru kepada masyarakat. Dengan saiz dana yang terhad, Wakaf Selangor Muamalat komited mencari penerima yang layak dan berusaha membesarkan dana supaya lebih ramai penerima dapat menerima manfaat wakaf ini. Sumbangan van ini diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, diharap sumbangan ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara Wakaf Selangor Muamalat dengan agensi kerajaan selain dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan berwakaf”.

“Sehingga Oktober tahun ini, Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang sebanyak RM 3,339,385.54 dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Sumbangan kepada pendidikan termasuklah bangunan sekolah, van, dan projektor. Sumbangan dalam bidang kesihatan pula adalah klinik bergerak, mesin dialisis, tangki simpanan nitrogen, dan lain-lain peralatan perubatan.” katanya lagi.

Wakaf Selangor Muamalat adalah program kutipan dan agihan dana wakaf tunai yang telah dilancarkan pada 27 September 2012. Ia merupakan satu perkhidmatan yang ditubuhkan dari usahasama di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan Bank serta orang awam untuk berwakaf. Sumbangan wakaf ini akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan Perbadanan Wakaf Selangor. Para penyumbang dana ini layak mendapat potongan cukai 7% dari pendapatan agregat individu dan 10% bagi korporat.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.867000 2.710000 2.694000
BRUNEI DOLLAR BND 3.242000 3.055000 3.044000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.949000 2.845000 2.828000
SWISS FRANC CHF 5.166000 4.943000 4.925000
EURO EUR 4.806000 4.541000 4.519000
STERLING POUND GBP 5.475000 5.234000 5.225000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.421000 2.247000 2.232000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.242000 3.055000 3.054000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.149000 3.927000 3.910000

2026-04-07 08:36:27