Close

Corporate Responsibility

Community

Bank Muamalat Memberi Sumbangan Kepada Pelajar Maahad Tahfiz & Golongan Kurang Bernasib Baik Di Majlis Berbuka Puasa.

Masjid Jamek, Kuala Lumpur, Khamis. 23 Mei 2019: Sempena bulan Ramadhan 1440 Hijrah, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) meraikan lebih daripada 400 tetamu pada majlis berbuka puasa yang berlangsung di Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur. Para tetamu terdiri daripada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Bayan, Maahad Tahfiz Jailani dan golongan kurang bernasib baik (gelandangan).

Turut hadir pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak Maahad Tahfiz dan golongan kurang bernasib baik ialah; Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Ahli Pengurusan Kanan dan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Program ini adalah inisiatif tahunan yang diadakan bertujuan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan memberi sumbangan berupa beg sekolah dan duit raya untuk anak-anak Maahad Tahfiz. Manakala, dua jenis biskut raya dan duit raya setiap seorang kepada golongan kurang bernasib baik (gelandangan) di sekitar kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Ia juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD3.2010003.0490003.033000
BRUNEI DOLLARBND3.6110003.4540003.443000
CANADIAN DOLLARCAD3.5580003.4340003.417000
SWISS FRANCCHF5.3500005.1210005.103000
EURO EUR5.2900005.0000004.978000
STERLING POUNDGBP6.1260005.8770005.868000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.9900002.7780002.763000
SINGAPORE DOLLARSGD3.6110003.4680003.467000
UNITED STATES DOLLARUSD4.9140004.6620004.645000

2024-04-26 08:37:40