150,000 Meriahkan Merdeka Janji Ditepati
Pada malam 31 Ogos yang lalu, lebih 150,000 orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini bagi memeriahkan Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati.
Perhimpunan besar-besaran sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara itu merupakan sambutan kedua selepas sambutan rasmi di Dataran Merdeka pada sebelah pagi.
Antara acara yang paling mencuri tumpuan ialah program Tweet Merdeka yang berjaya mencipta rekod Malaysia dengan mengumpul 3.6 juta Tweet dalam sejam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan acara himpunan, tersebut dengan ‘Jalan Kaki Perpaduan’ dengan mengelilingi stadium tersebut dan beramah mesra bersama para hadirin. Turut sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim serta barisan kepimpinan negara.
DRB-Hicom telah menghantar seramai 2,000 orang kakitangan bagi memeriahkan lagi malam tersebut, antara anak syarikat yang terlibat adalah Bank Muamalat Malaysia Berhad seramai lebih kurang 100 orang kakitangan.
Perdana Menteri turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Desa Sejahtera, Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada lapan ikon dan Hadiah Pertandingan Rangka Kerja Abad Ke-21. Majlis telah diserikan lagi dengan nanyian dan tarian dari generasi muda dengan percikan bunga api mengamatkan lagi suasana sambutan Merdeka 55: Janji ditepati.