Bank Muamalat Malaysia Berhad Menghulurkan Kit Bantuan Makanan Kepada Komuniti di Alor Setar
Alor Setar, Kedah, 25 September 2024: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menghulurkan kit bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir di perumahan sekitar Taman Tunku Abdul Halim, Taman Belimbing serta, Perumahan Tepi Sungai, Alor Setar, Kedah.
Bantuan bagi 50 keluarga diserahkan oleh Pengurus Wilayah Utara Bank Muamalat, En. Khirrilanuar kepada Qariah Tanjung Bendahara, Masjid Al- Aziz Tanjung Bendahara, Alor Setar Kedah.