Pelancaran Kelab Sukan Dan Rekreasi BMMB (SRC) Dan Program Sihat@Muamalat
Pada 7 April 2014, Dua Majlis Perasmian telah berjalan serentak iaitu Majlis Pelancaran Kelab Sukan dan Rekreasi BMMB (SRC), dan Program Sihat@Muamalat. Majlis tersebut telah berlangsung di tingkat 6, Menara Bumiputra yang dirasmikan oleh YBhg Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pihak Pengurusan Bank Muamalat, Ketua-ketua Jabatan, Pihak Pengurusan Kawasan Kuala Lumpur & Selangor serta kakitangan jemputan. Y.Bhg. Dato’ Hj Mohd Redza telah merasmikan logo Kelab Sukan dan Rekreasi BMMB dan Sebagai acara simbolik, Pihak SRC telah menyerahkan sehelai kemeja-T SRC dan nombor keahlian SRC 0001 kepada YBhg. Dato’ Hj Mohd Redza Shah. -SRC terbuka kepada seluruh warga Muamalat. Sukan dan Rekreasi BMMB (SRC) ini telah berdaftar dengan Registry of Societies Malaysia (ROS) pada 17 Mac yang lalu. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan oleh SRC untuk tahun ini, kami menjemput semua warga Bank Muamalat untuk turut serta dalam aktiviti ini.
Program Sihat@Muamalat adalah dari kesinambungan sempena pembukaan Muamalat Gynasium pada tahun lepas, ia bertujuan untuk mengalakan semua kakitangan agar mementingkan gaya hidup sihat selain menjaga pemakanan harian secara teratur. Dengan tertubuhnya Kelab Sukan dan Rekreasi BMMB ini, segala perancangan dan program telah pun disusun mengikut jadual yang telah ditetapkan dari tenaga pengajar yang berpengalaman. Selain daripada itu ia juga dapat mengeratkan lagi tali silaturahim diantara kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.