Projek Pelangi
30 Mei 2019, Khamis– Kajang, Komplek Kemahiran Akademi Insan Prihatin No 1663, 1655, Jalan Abim Kampung Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang. Sempena Bank Muamalat menyambut hari ulang tahun yang ke 20, maka satu program Projek Pelangi bersama anak anak Saiful Nang telah diadakan. Program ini adalah untuk menyerah baju raya kepada penghuni anak anak yatim di Rumah Pengasih Warga Prihatin, Bangi. Penyerahan baju dan duit raya telah dilakukan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Fauzi kepada 250 anak anak yatim.