Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Bank Muamalat Perluas Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang

Kuala Lumpur, 15 Januari 2024: Prihatin dengan mangsa banjir yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) memperluas penyaluran bantuan kepada komuniti yang terjejas di negeri Pahang.

Bantuan banjir yang berupa kit bantuan makanan ini diserahkan oleh Pengurus Cawangan Bank Muamalat Pekan, Mohamad Yusof Bin Ibrahim kepada 160 keluarga yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Merchong Jaya, Pekan, semalam.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan terkini isu banjir yang berlaku di seluruh negara dan komited untuk membantu meringankan beban mangsa yang terkesan secara kewangan dan emosi.

“Bank Muamalat memahami kesulitan yang dihadapi dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana, di mana kami mahu inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility,CSR) kami sentiasa bersifat proaktif dalam membina ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.

“Semoga bantuan yang diberikan serta kunjungan kakitangan Bank Muamalat ke PPS sedikit sebanyak memberi kelegaan dan memberi semangat baharu kepada mangsa-mangsa banjir,” tambah Khairul.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.835000 2.676000 2.660000
BRUNEI DOLLAR BND 3.216000 3.027000 3.016000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.941000 2.833000 2.816000
SWISS FRANC CHF 5.152000 4.923000 4.905000
EURO EUR 4.769000 4.499000 4.477000
STERLING POUND GBP 5.476000 5.228000 5.219000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.424000 2.248000 2.233000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.216000 3.027000 3.026000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.118000 3.892000 3.875000

2026-03-27 08:22:17