Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Marketplace

Bank Muamalat Rakan Strategik Super School Rugby 2026

Kuala Lumpur, 11 Julai 2026: Bank Muamalat Malaysia Berhad berbangga menjadi Rakan Strategik bagi Super School Rugby (SSR) 2026, sebuah kejohanan ragbi sekolah berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh negara.

Musim 2026 menyaksikan penyertaan 44 pasukan yang bertanding dalam kategori SSR Premier, SSR Academy dan SSR Challenge Trophy. Kempen yang berlangsung selama tiga bulan ini melabuhkan tirainya dengan Perlawanan Akhir di Stadium Merdeka, yang menyaksikan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) muncul juara selepas menewaskan Victoria Institution (VI) dengan keputusan 37-33.

Sebagai Rakan Strategik, Bank Muamalat bukan sahaja menyokong penganjuran kejohanan ini, malah turut mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti interaktif di reruai Bank Muamalat sepanjang perlawanan akhir. Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai permainan menarik, sesi Happy Hour, serta memenangi hadiah eksklusif di samping mendapatkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang ditawarkan oleh Bank Muamalat.

Bank Muamalat turut memperkenalkan inisiatif iTEKAD, sebuah program yang membantu usahawan mikro daripada golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf sosioekonomi melalui pembiayaan patuh Syariah, latihan keusahawanan dan bimbingan perniagaan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Bank Muamalat dalam memperkasakan komuniti dan mewujudkan peluang pembangunan ekonomi yang lebih mampan.

Penglibatan Bank Muamalat dalam Super School Rugby 2026 mencerminkan komitmen berterusan Bank dalam memperkasa pembangunan belia melalui sukan, di samping menyemai nilai-nilai murni seperti disiplin, kepimpinan, integriti, semangat berpasukan dan daya tahan. Kerjasama ini turut menjadi platform untuk Bank Muamalat mendekati masyarakat serta memperluaskan kesedaran mengenai inisiatif kewangan Islam yang memberi manfaat kepada komuniti.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.976000 2.813000 2.797000
BRUNEI DOLLAR BND 3.291000 3.100000 3.089000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.972000 2.866000 2.849000
SWISS FRANC CHF 5.155000 4.931000 4.913000
EURO EUR 4.873000 4.602000 4.580000
STERLING POUND GBP 5.658000 5.407000 5.398000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.538000 2.355000 2.340000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.291000 3.100000 3.099000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.159000 3.934000 3.917000

2026-08-26 09:17:26